Thursday, October 29, 2009

Caramu Caraku

Masa menghambat kita. Dan kadangkala alasan itu yang terpaksa kita gunakan apabila berdepan dengan tanggungjawab yang masih lagi bersisa. Usrah itu dan ini, assignments, studi, taklifan itu dan ini, mengurus diri sendiri dan sebagainya. Bagi yang masih belum mendirikan baitul muslim (keluarga muslim), kita juga merasakan 24 jam itu bagai terbahagi dua. Tidak cukup...Apatah lagi pabila sudah berumah tangga kelak.

Jika seorang guru, banyak betul pesrsediaan kene buat walaupun mngajar sekoah rendah.. Sampai ke petang, apatah lagi engineer, doktor, even para usahawan tani..


[BUSY LIKE A BEE, HUSTLE BUSTLE OF THE LIFE]


Mana taknya, balik dari tempat kerja pukul lima, penat, berehat. Tup..tup dah nak maghrib. Solat maghrib n isyak.. Itupun kalu ke masjid.

Begitulah seharian. tapi semuanya untuk apa. Tidak terasa kosongkah hidup. ? Tidak pernah terfikirkah bahwa mana mungkin Allah bagi kita semua nikmat ujian ntuk suka-suka. Tiada tujuan.. Fikirlah wahai hatiku. Jika sudah tahu bahawa tujuan kita diciptakan adalah beribadat kepadanya sebagaimana kalam cint Nye menyebut dalm surah az-zariyat ayat 56.

.


Beribadat dah..Yakni solat lima waktu n segala. Dan bagi yang luas ilmu pengetahuan sikit, ibadah tu ada umum dan khusus.



Pernah tak terfikir , kalau lah hidup ni hanya solat dan dengan ibadah umum, khusus yg biasa kita dengar, mengapa kaum muhajirin berpindah dari mekah segala, mengapa saidina umar membuka kota Jerussalem, mengapa sultan muhammad alfateh menjadi pembuka kota konstantinopel, mengapa salahuddin al ayyubi merealisasikan matlamat untuk membebaskan baitul maqdis dan mengapa kamu still lagi berada di muka bumi ini??
fikir2 dan renungkan..Kerana aku jualah manusia yang dhaif dan mampu menyeru amar makruf nahi mungkar dengan semampu..
Ada pantun ni yang penah ku dengar..hehe

Biar Kude dari Badok,
Biar ade dr tak dok...

(hahaha...sape yg agak expert dlm loghat pantai timur pasti cepat sahaja memahaminya)



Dalam surah al anfal , ayat 72, 74, 75

:: Allah menyebut ada beberapa kumpulan beriman ::

1)mereka beriman dan berhijrah bersama nabi
2)memberi perlindungan kepada orang berhijrah
3)mereka yang tidak dapat berhijrah
4)mereka berhijrah dan berjihad terkemudian
5)mereka yg beriman dn mempunyai hubungan kerabat.

Jelas menunjukkan setiap org berbeza dari segi kemampuannya


Jika kamu menyeru amar makruf nahi mungkar melalui banyak2 usrah, terusakan dan orang lain jangan la kritik dan menghalang.. Jangan haLang kerja dakwah dan menghalang orang memahami Islam kerna kita punya cara tersendiri begitu juga dengan yang lain, jika dia mampu melalui penceritaan kisah hidup dalam blog yang dapat diambil pengajaran atau mungkin melalui politik...silakan~~ kerana kau dan aku ialah dengan caramu dan caraku



Dan kita bisa saja bekerjasama kerana tujuannya hanya satu menegakkan kalimah agung
"LAILAHA ILLA ALLAH"



Wednesday, October 28, 2009

Berusaha Macam Phenol

Masing-masing sibuk dengan tugasan dan studi week yang menggila.Pelbagai rasa yang tak terungkap dan pastinya pelbagai emosi terluah. Masa-masa sebegini menguji keimanan. Beberapa hari lepas , s/u Biro agama 'mengejar' aku supaya ku menyiapkan laporan tahunan Helwi. Akhirnya hantar juga. Namun ada cerita disebalik itu. Malam itu, ku datang ke bilik kak yani (aku yang pura2 muda) Meminta laporan usrah, lajnah helwi. Ku tanyakan ini

" Susah ea nak jumpe akak2 sekarang. sibuk ke kak??"

Kak Yani tekun menaip, menoleh kepadaku dengan selaksa senyuman..

" ya fizan, memang bz, sem 1 dlu tak la bz tapi bila naik sem 2 ijazah ni menjadi2 pula bz nya. kene siapkan alat2 ntuk micro n macro teaching segala. Tu yang ramai akak2 dah tak pegang apa2 taklifan..""

" owh, begitu. takut juga la fizan. Tahun depan dah naik ijazah"

""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Berfikir dengan panjang samada adakah keadaan akan betul-betul sibuk nanti. Tiada masakah memegang tanggungjawab. Jika ditanya , semua orang tak mahu tanggungjwab yang berat itu.

Mana tidaknya, segala usrah kena hadir. Jika menjadi pimpinan, pasti banyak usrahnya, usrah pimpinan, usrah lajnah, usrah umum. Relevankah banyak usrah?? Ada sahaja yang menajwab betapa tidak relevan nya usrah yang banyak bagi seorang naqib.

Bagiku, jika tak mampu buat lama-lama, tak mengapa tapi jangan tinggal langsung. Sibuk kah kita?? Kalu betul2 sibuk sudah pasti tiada masa senggang nak mengumpat dan bergosip tentang sesuatu segala.

Berusaha lah macam phenol. Oh ya, phenol ni adalah bahan kimia yang juga dikenali sebagai benzanol. Gabungan Phenyl dan rantai hidroksil. Yang menjadi tarikan ku ialah betapa phenyl memutarkan dan memusingkan bergilir-gilir elektron dalam struktur gelangnya agar tahap stabil tercapai. Pati payah bukan wahai Phenyl. tambahan lagi jika bergabung dengan hidroksil, lagi banyak tanggungjawabmu ntuk menstabilkan iktanmu itu. Tapi hidroksil juga membantu dalam mewujudkan keadaan kimia yang stabil ini..


Sama juga kita, pelbagai tanggungjawab. Bukan sahaja nak menstabilkan diri namun ada tanggungjawab menstabilkan orang lain. Dalam erti kata lain dakwah. Setakat mana usaha kita, itu tanya iman.

Lumrah seorang pejuang. Tidak dikatakan pejuang jika hanya ujiannya kecil. Sudah pasti ujiannya besar. Tidak malukah kita dengan Nabi Nuh A.S yang berdakwah 900+ lebih tapi yang hanya mengikut baginda naik ke dalam bahtera yang dibuat hanya 65+..

Pasti ada yang terlintas kata,

"ye lah, nabi Nuh A.S tuhan utusan Allah. Baginda hebat..."

tapi marilah koreksi diri

Allah akan menanyakan apakah sudah kamu jalankan tanggungjawab kamu dahulu. Tidak kiralah kamu nabi, rasul ,pemimpin , ketua kelas, exco MPP dan sebagainya..

Pasti ditanya..


Banyak sangatkah ujian kita sampai kena membina kapal seperti nabi nuh A.S.. Senang sahaja tarian keyboard menarikan lagu rencah kehidupan namun mehnah dan ujian dalam pengaplikasian apa yang ditulis juga memang sehebat tarian itu. Susah, lemah, penat, kecewa dan seribu lagi emosi yang tak terungkap.. Namun jadilah dan contohi lah sang phenyl yang tetap bermujahadah mengekalkan kestabilan elektronnya itu meskipun bergabung dengan hidroksil

p/s : rindu dengan organic chemeistry..

Monday, October 26, 2009

13;28 (BAHAGIAN 2)

BAB 2 (Relevankah Enta Di Hati Ana @ REDHA) CERPEN 13:28



" erm dia juga mengatakan kak tak layak berkata pasal ikhtilat dan bercouple since kawan-kawan yang agak rapat dengan kak juga kebanyakannya bercouple . Humaira minta maaf kak tapi kak kene berhati-hati ea dengan orang lain. Almaklum sahaja la, mereka depan kak tunjuk bek tapi belakang kak hanya Allah yang tahu. Sebab tu Humaira kata ada juga jenis manusia yang bergelar sahabat ni suka cakap belakang. Kalu macam tu tak leh dinamakan ukhwah kan kak??"

Panjang lebar celoteh anak kelahiran Balik Pulau, Penang walhal dia bukanlah jenis suka berceloteh sana sini.

" erm..kak sebenarnya..."





Lama Aisyah memberhentikan kalamnya. Lemah dalam menyusun dan mengungkap kata.

" Kak Aisyah, janganlah menangis. Kalu macam tu Humaira nak nangis gak la..."

Diam. Tanpa kata terlintas hanya bunyi kicauan burung bak okestra Mozart. Namun dalam hati Aisyah lagunya seperti Mozart juga , pelbagai genre dan rapsodi tercipta kala situasi ini memerangkap kalam dari hati dan bibirnya.

" Humaira, tahu tak kenapa kak asyik berkata dan berkongsi permasalahan ikhtilat ni".

Suara Aisyah tersekat-sekat menahan sebak.

" Erm mungkin kak nak berkongsi apa yang kak tahu..." , kata Humaira sambil mengusap belakang kakak seniornya yang berasal dari Sitiawan ,Perak negeri kontroversi politik itu.

" Hampir tepat. Sebab utama adalah kak nak ingatkan diri. Bila kita berkata pada orang maknanya kita kene jaga diri lebih dari org len dan sebetulnya ilmu apa lah kak ni tahu. Tu je yang kak agak arif, nak kata ilmu dakwah tak da la banyak coz kak memang x pandai, nak kata kak pandai ilmu Biologi untuk dikongsi tu tak da lah sangat , kitaran Kreb Cycle pun dah lupa , kak kan belajar sampai matrikulasi je sains hayat. Kak takut nanti Allah tanya apa yang kak dah sampaikan pada orang sekeliling. Macam mana kak nak jawab dik. Akak tak pandai dan tak banyak amal macam adik-adik yang dah menuntut ilmu agama sejak kecik lagi kerana ada kelas agama tiap-tiap petang, sedangkan kak kenal apa tu hakikat solat semasa Tingkatan satu. Itupun kak masuk SMKA .."

Sebak di dada aisyah masih bersisa.

" Naam kak, Humaira faham. Kita kan tak sempurna. tapi dalam kekurangan carilah kesempurnaan kan kak ?"

" Betul tu Humaira. Sahabat-sahabat ingat kak ni kuat sangat menahan perasaan, tak pandang lelaki dan sebagainya dek hanya kerana kak menyatakan couple itu haram dan ikhtilat tu harus dijauhi. Tapi hanya Allah yang tahu. Hidup ni macam roda dik. Kak pun diuji dengan apa yang kak cakap kan. Allah uji kak, tapi kak memang dah betul-betul tak contact kerana lelaki tu pun macam kak, seorang mujahid yang bermujahadah dalam perjuangan. Kami tinggalkan perasaan itu sebentar. Kak menangis setiap dalam doa mohon dikuatkan hati kami. Demi memaafkan diri sendiri dan dia serta melupakan apa yang trjadi memerlukan kak bermujahadah dik. Sakit rasanya. tapi dalam sakit kak temui bahagianya. Bahagia bila bercinta dengan-Nya. Biarlah apa orang kata pada kak kerana kak tahu kak dah pun melayarkan bahtera hamba menuju pulau keinsafan.Benarlah 13:28 itu..Sebuah kalam cinta keramat buat kak "


Panjang Aisyah merungkai rasa, dan panjang juga esakannya..

" Erk. 13:28 ? Apa tu? "

" surah ke 13 ayat 28 dik"

Kemudian Aisyah menyambung kembali .


" Nampak je kuat kan tapi kak lemah. Siapalah kak tanpa-Nya, hanya palitan lumpur bersalut noda. Akak tak minta difahami kerana kak tidak hidup dengan pujian orang ramai dan tak pula mati dengan kutukan mereka . Kak hidup hanya kerana-Nya. Syukran jazilan kerana telus ngan kak. Kak bersyukur ada sahabat macam Humaira."

" InsyaAllah kak, Humaira pun diuji kak. Macam berat pula.Takpe, tu kan lumrah seorang hamba. Diuji untuk menguji tahap apakah kesetiaan kepada Tuhan-Nya. Erm lpas ni kak jangan la senyap je. Nasihat kan lah lagi pasal perkara tu. Kita kan manusia asik lupe je. Tu belum kira brapa ekor semut dah tersyahid dalam air yang kita minum"

"Hehe..ada-ada je Humaira ni. InsyaAllah, sama-sama menguatkan diri dan memohon agar mendapat pertolomgan-Nya. InsyaAllah, amin..sirru 'ala barakatillah, cahiyox, gud lucks, maat tawfiq wan najah, ganbatte kudasai..erk apa lagi ek?? "

"ha, macam tu la senyum. Senang hati Humaira tengok cam tu. Erk, apa bahasa kak cakap ni. kudasai kusut masai..eh...??"

"laa, terlebih sudah kak ni. erm semua tu kata-kata semangat la dik"

" owh ok..kak jom masuk kelas. Ustaz Bob dah nak datang..Meh Humaira lap air mata kak tu. Huduh la kak nangis-nangis ni.Mata akak sepet cam saya. Karang sama-sama bengkak tak nampak jalan pulak"

"Hehe, baiknya..syukran..xpe, kalu sama-sama bengkak, kita akan jalan sama-sama"

"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Perbualan keramat itu yang membuatkan Aisyah menangis. Dia bermonolog seketika.

" erk ramai dah datang ke bilik stadi..Lap air mata mu Aisyah. Semoga menjadi wanita faqihah sebijak ummul mukminin , Saidatina A'isyah R.A. InsyaAllah.amin""

Tidak jauh dari kawasan yang menjadi saksi air mata keinsafan Aisyah, Humaira terkocoh-kocoh berlari dapatkan kakak seniornya itu.

" kak Aisyah, jom gi liqa' lajnah HELWI jap. Ada liqa' tergemparprogram untuk bincangkan program terakhir sem ni.." katanya dengan tercungap-cungap. Namun matanya tertancap pada sepasang mata dihadapannya. Seakan sembap .

" Erk.kak aisyah nangis lagi ke??"

Aisyah menarik tangan Humaira lalu mereka saling berdakapan.

" Kak tak nagis, habuk ni lumba-lumba masuk dalam mata kak. Jeles betul la habuk-habuk ni kat kak.."

" Ala..kak tipu.."

" Hehe,pandai humaira..kak cuma muhasabah diri. syukran ea dik"

" Owh sama-sama. Nanti kita muhasabah sama-sama nak? ""

1,2,3

" ea la. kalu nak muhasabah pun lepaskan pelukan ni dulu. Kata nak gi liqa'. Aishh budak ni"

" Haah la kak, ter'over' pula..Hayya bina"

""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Humaira,
Andai Hasan al-Banna kisah perjuangan
Andai Umar Abd Aziz kisah pemerintahan
Andai Bilal kisah kehambaan
Maka ana dan enti adalah kisah persahabatan

Humaira,
Andai bunga indah kerana warnanya,
Andai buln indah kerana nur nya,
Andai laut indah kerna birunya
Maka persahabatan ana dan enti
indah kerana saling berpesan pada kebenaran,kesabaran dan kasih sayang
Ukhwah Fillah Semanis Mahabbah Selamanya.


0000000000000000000000000000000000000000000000000000000

p/s : semua watak dan jalan cerita tidak ada kaitan antara hidup dan mati.
Jika ada persamaan , ia hanyalah kebetulan.
Harap maklum
[ayat yang biasa kedengaran bukan??]

13:28

Pagi itu, angin menyapa lembut memupuk rasa membelai naluri aisyah...sudah lama dia mengidamkan untuk bersendirian pada waktu pagi. Kampus yang terletak di kawasan berhampiran Hutan Terenggun, Kuala Lipis memang mengasyikkan panoramanya..

Pagi ini, dia ingin bersendirian ..muhasabah diri. Penat dengan urusan dunia yang tak sudah. Ahhh...urusan dalam jalan dakwah dan perjuangan juga kadangkala menggenggam sejuta perasaan..Terlalu beratkah untuknya ?? hamba dhaif kepada Yang Maha Agung.

Dia ingin bersendiri dan pada kali ini deras sekali air mata itu.

Aisyah, sering digambarkan sebagai muslimah yang mempunyai tanggungjwab yang ditaklifkan oleh orang sekeliling dan sering juga menyampaikan ilmu yang dia perolehi. Pastinya semua orang menganggapnya terlalu tegar dan hebat dalam menyampaikan..

betulkah???

namun mengapa air mata itu mengalir lagi .??

Lagu yang dimerdukan oleh Zulfan, Bahtera Hamba berlagu menerusi corong mp3 kecilnya itu...



Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...


Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...


Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu


Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....


Jernih danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu....


ah..terlalu syahdu..namun nasyid itu bukanlah penyebab utama kepada mengalirnya air mata seorang mujahidah ini..Dia bukanlah seorang yang tegar dalam menitiskan air mata dalam perkara remeh duniawi kerana baginya jalan perjuangan yang penuh onak diri ini memerlukan sang mujahidah yang teguh menepis emosi ..

Peristiwa malam semalam benar-benar menggoncang tubir empangan air matanya.

""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

" Kak aisyah , humaira nak cakap sket ngan kak ni..asif jiddan kerana menggangu kak", kata humaira semasa terserempak dengan aisyah sewaktu menuju ke bilik studi...

' Oh..ok juga tu sebab kak pun nak tanya kenapa humaira sedih je malam semalam..nangis sampai mata bengkak-bengkak segala sampai susah nak melihat.Mata kamu tu kan sepet..dah tak comel jadinya"seloroh Aisyah...

" erm kak la cakap dulu,humaira segan la"

"aduhai,hehe,tetibe malu-malu kucing plak humaira ni..erm oklah..kak tanya nape humaira nangis semalam??takut juga kak taw"

"hehe..xda pape lah kak,mainan emosi je..tetibe rasa keseorangan"

"la...nape x ajak je kak tidor ngan humaira semalam, kak aisyah dan kak ida rumate kak pun boleh temankan..takut tido sorang2 ek.??manja..."

"eleh,nak manja ngan kak pun xleh..erm sebenarnya tetibe humaira rasa sebenarnya sahabat-sahabat ni tak ikhlas dalam berkawan..bila humaira perlukan mereka, macam2 alasan mereka bagi..nak suh tolong temankan humaira tidur ntuk 1 malam je pun banyak alasan..."

"erm kak rasa, mereka sibuk dengan assigment la dik...jgn amik ati ye..insyaAllah len kali kita tido ramai-ramai dan kak ajak semua 12 org sahabat tu tidur kat bilik humaira ek.tapi kene mngangkut tilam la..hehe"

"ok kak,beres ..Erm kak, humaira nak cakap sket ni.kak kan selalu nasihatkan dan kongsi pasal permaslahan ikhtilat, humaira sangat menghargai..Tapi kan kak humaira ada dengar ada seorang sahabat ni citer sal kak"

Terkejut aisyah.Bukan kerana ada orang berkata tentangnya tetapi kerana dia memang sudah lama merasakan yang ada orang akan berkata tentang itu dan orang itu adalah yang agak rapat dengannya..Aisyah mengatur kata sebaiknya.

"erm dia cakap pe dik..akak x kisah sebab akak memang suke orang mengkritik dan nasihat kak"

"erm dia cakap kak ni senang je cakap sal ikhtilat tapi kak ber'ym' juga kadangkala dengan muslimin, xkira lah dia tu umurnya pangkat adik. "

Humaira tersekat dalam mengungkap kata namun diteruskan jua kerana dia sayang kakak senior nya itu.

??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

p/s: bersambung...

Friday, October 23, 2009

refleksi introspektif

MySpace

ima, my coursemate bgtaw saya (act kawan ima hntr msg ni pdnya)

"sebesar2 dosa adalah dosa yg dilakukan ketika kita RASA BERDOSA melakukannya
~~imam alghazali~~"

sejenak ku terpikir..acapkali berlaku begitu dalam hidup kita
(jika tidak 'kita' , maka sudah pasti 'aku')

tidak beriman kah kita pada masa itu??

atau bagaimanakah iman di kala ujian melanda dan kita tahu ianya dosa???

tingkahlaku kita sebagai org yg nak buktikan iman ni, mstilah melalui amalan..

contohnya tatkala ku tahu jika ku buat perkara itu, maka ia adalah dosa..Maka ku mesti mnghindarinya~~





MySpace

dan bila ku tak senang hati atas sesuatu perkara tu, lantas ku rasa diriku macam berada di awang-awangan memikirkan apa langkahku...ermmmm..


~~the road not taken~~again n again

sungguh..ku merasakan itu

kala ini hati berbunga2 untuk exam..

[hati berbunga2 mcm bunga di atas ni]

preparation??
xla banyak..cuma excited ntuk mnghabiskan program persediaan ijazah sarjana muda perguruan ini...

exam is jz around da corner..within 2 week..

1) assigmnnt KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI..
>>baiki...mmberi impak pada pngs nanti..usaha sehabis mungkin ye..

baru diberitahu pagi td..mlm ni dah kene hantar

2) program last HELWI (sblm dgn rasminya habis tarikh taklifan as s/u helwi)
>>lambaian wida' (slmt tggal ntuk tahun 2009)...

ditaklifkan
2.1) buat design ntuk kad




2.2) berlakon jd bdk baik@mslimah solehah dlm lakonan mlm wida' nnti..aisehhh...selama ni kalu brlakon org asik bg watak mak..termasuk klas BI hr tu..dah 3 kali mlakonkannya..

first-- when i am in standard six..

2nd -- when i aim in form 5, played as a mother (novel konserto terakhir, n antologi drama serunai malam)

third--- english class with madam amilin :D

2.3) create tayangan gne movie maker ntuk mlm lambaian wida'.he3

2.4) smue di atas kne disiapkan meanwhile ada esemen adhock..kene submitt malam ni..aiseh ada 8 jam lagi...n kne outing nak selesaikan bbrpa pkara...sempat ke??insyaAllah

erm...xla byk mana..optimis....

owh ya,,sungguh ku meraskan keletihan namun syukur coz ada taklifan yg kne jalankan..
bukan gembira dgn amanah yg diberi tp e2 lbh baik dr kebosanan xda keje..

dan betapa smue yg terjadi mngajar aku lbh mnghargai diri sendiri..

hargai amanah ini yakni diri dan perasaan ini kerana ia adalah amanah dr Ilahi..

verily..,do not hope for the others gratitude...really..!!

sayang kepada diri,
xnak terjerumus dlm noda maksiat dan lagho
xnak trus disakiti dan mnyakiti...
xnak mnghrap dan mmberi harapan..

aida (best buddy when i was study in KMJ) pnah cakap

" berputus harap pada manusia, selamanya berharap pd Allah"

dan sekali lagi dan bakal berkali2..
ku ingtkan....

sungguh dengan mngingati Allah jiwa kan tenang (13:28)



Thursday, October 22, 2009

bukan sekadar anime dan coretan..


kucekalkan diriku
bergapaian air mata
menuju bahtera ke pulau redha
ku pasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
menuju redhaNya





cahaya yang jarang kita singkap
aku dan kita semua
seorang insan membina diri
menjadi mujahid berani
demi -NYA
bangunlah sepertiga malam
mujahadahmu dlm kegelapan malam
membuang segalam kelam
yang kian mendalam...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

coretan kisah hidupku bukan kisah sempurna
dan tanpaNYA
aku tak bisa memilih
antara dua cinta
kerana ku ingin
Melakar cinta di pinti syurga..
aminn

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

sgt meminati anime naruto, n of course sasuke..maaflah andai ada yg tidak berkenan di hati~~

Thursday, October 15, 2009

naruto oh naruto






ni sasuke~~x tahu nama penuh coz he is not my brother..hu3





























ni naruto..aiman (my little bro) said his name is uzumaki naruto..erm..sampai skrg aku pn x tahu nape naruto mcm ade belang like a cat at his face...


~~ima ckp>>naruto kene ckar ngan kucing..

ku jawab>>>totally wrong la ima...
ha3..good try..








erm...sebanrnya naruto dan sasuke segala ni mmbuatkan diri ni xda mood nak ber'blog'

adikku( Cak n Bilah) ckp~~ angah dihinggapi peristiwa misteri dek naruto2..hu3


p/s:
13:28
"verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest"

Sunday, October 11, 2009

umpama lembu di padang

pabila teringat balik babak dalam satu episod drama di ASTRO OASIS brtajuk Cinta sempurna,
teringat balik kata2 ustaz nazir (ashraf muslim)

"kita ni kalu hidup tanpa tujuan/matlamat,ibaratnya sama la kita ngan lmbu kat padang,hanya tahu beranak ,makan dan tidur"

apa tujuan kamu smue hidup??

teringat kata sahabat sorg ni lpas borak2 ngan dia,
"student skrg hanya tahu hdup dia ada 3 matlamat.."

1)assignments beres
2)epi ngan Buayafriend/gelifriend (kata2 ustz hasrizal)
3) makan,minum tidur...


aku pikir2 balik,btul gak tuh..kdg2 tu gak yg aku buat..
konon2 bz ngan assgmnt..

tak terpikir ker tak kan la Allah jadikan kita ntuk jz SIAPKAN ASSIGNMNTS,MAKAN,TIDUR....


xterpikir ker???

kalu x terpikir jom pikir lagi..


keje,assignmnt,makan ,tidur,kawin,suka2..sampai la tua..cam tu ker???


dek krana Allah limpahkan suatu rasa padaku agar hdup ni bukan skadar e2 smue..lebih dari itu..

yup..lebih dr sgalanya

erm..ada gak sorg kakak ni cakap
"dulu sy ingatkan dunia sy ni hanye kerje n cinta je"

rupanya lbh dari tu..

tanggungjawab melebihi masa yg ada (kata2 hasan al-banna)

ya..aku merasainya..dan sejuta serta infiniti hamdallah patut ku panjatkan..


bila mana aku berikrar (kamu juga..jgn nafikannya) dlm solat (doa iftitah) bahawa hidupku,ibadahku dan matiku hanya kerana-Nya,bermula episod pengembaraan hidupku..




mungkin kembara hidupku tak sejauh org len mnjejak kaki kesana sini, kerana kembara ku disini mnjejak hati2 diri ini dan insani kmbali kepadaNYA..


makin banyak yg ku ajak,ku perkatakan,
makin besar cabaran buat apa yg ku perkatakan

ku katakan tntg 'couple'
natijahnya aku berhadapan ngan sahabat2 aku yg berkapel..aku wajib tegur dgn cara plg berhikmah...

mungkin xnampak kesan

dan sehinggakan mungkin ada org kata
"hu3.fizan katakan tntg kapel,tp shbat sndiri kapel"

mengertilah aku insan lemah,hanya aku mampu cuba mnyampaikan
biar dipandang sinis oleh shbat sndiri
aku mahu kau tahu bahawa ku tegur dirimu atas dasar CINTA dan tanggungjwab kpdNYA
kalu ku biarkan dirimu trus begitu..sahabatkah aku????


kerana aku x mahu kau dan aku hidupnya ibarat lembu di padang..


dan padaMu ya rabbi, selaksa pengharapan ku panjatkan kepadaMU..

Saturday, October 10, 2009

Yesterday Will Never Return

Yesterday Will Never Return..

I would like to remind us about what Allah had said in da Quran..

" In order that you may not be sad over matters that you fail to get..."
[ Quran chapter 57:verse 23]

in malay:
"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yg luput dari kamu..."
[alquran, surah alhadid ayat 23]

Everyday n everytime and even between da second, we knew dat yesterday will never returned instead of we also did not know what future will bring to us..and all we knew was da day that we still face it..

Like peoples said
"Seize the Day"

yup...sometimes we always looked to our past,
how regret we were when we failed to do smthng that we should do..

but once in a blue moon we appreciate what we have now instead it neglect it..

what i had learned through dis two sand-and-trembling week was i must treasured the time by not looking the past but strive everything and seize da day with all da strength that i had..




InsyaAllah..the history of my life will be the treasured one..

i will make da next move foward...

Search for happiness inside of you, and not around you or outside of you..


""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""


Muhasabah buat diriku
- dah brapa lame hidup dalam Islam n spnjang tu adakah tujuan aku diciptakan telah tercapai dan bagaimanakah keadaan di sana nanti??

berusahalah sehabis mungkin kerana mana mungkin bila kaki dah mnggalkan bumi kita dapat beramal walau sesaat, walau setengah saat..

apatah lagi jika kita beria2 minta nak kmbali ke bumi ntuk beramal ibadah..Allah dah bagi warning dalam kalamNYA..tinggal kta je nak amal atau x..

jika masih mencari alasan untuk beramal (spt hidayah x sampai,ilmu x cukup, segan n whatsoeva) maknanya sombong ngan Allah..Allah tak tanye kejayaan kita tapi byk mana usaha kita..Banyak ke????

bak kata sahabat ni,,dia ingatkan
"JANGAN CARI ALASAN DENGAN ALLAH"

contohnya:
Allah dah bg segala macm nikmat tapi bila Allah panggil ntuk solat dan mngakkan syariat Islam, kita mncari alasan..


PLEASE,BEAR IT IN OUR MIND~~~

hidayah e2

hidayah itu Allah yg bagi tapi kita kne ada usaha kan...

usaha dan kekuatan dari diri..

sedang tgah berpikir mngenai hidayah Allah,
tetiba Allah lintaskan HIDAYAH seorg lagi dlm hidupku
Ya Allah..hari ini birthday dia (pd 7 oktober lalu)

nak post entry or nak wish kat blog, mmg susah coz line x clear..
asif ya ukhti..




ucapanku
moga shbat ini dapat apa yg diniatkan dan moga Allah sntiasa mlndungi dia yg ku syg..

he3.kalu ingat balik, Hidayah bukanlah schoolmates saya mahupun satu matrikulasi ngan saya, apatah lagi satu negeri..blaja pun jauh2..
tapi kusa Allah tlah pertemukan kami..uniknya pertemuan kita :D

You're...
My Friend,
my companion,
through good times and bad
my friend, my buddy,
through happy and sad,
beside me you stand,
beside me you walk,
you're there to listen,
you're there to talk,
with happiness, with smiles,
with pain and tears,
I know you'll be there,

throughout the years

Thursday, October 8, 2009

IHSAN..

apa tu ihsan???

jika kita ingat balik hadith kedua dalam susunan hadith 40 susunan imam nawawi,kita akan tahu apa maksudnya ihsan...

mafhum hadith lbh cm ni la....

malaikat jibril yg mnyamar sbg manusia..hitam rambutnya,putih pakaiannya,elok rupanya dtg kepada nabi Muhammad S.A.W dan duduk dihadapan baginda dan merapatkn lutunya kpd lutut baginda...
Malaikat jibril brtanya apakah yg dimaksudkan dengan islam..baginda pun mnjawab lima rukun islam tu ,kemudian malaikat e2 kata "kamu benar "

then, malaikat tanya apa e2 iman..bagnda pn jwab 6 rukun iman tu..kmudian malaikat pn kata "kamu benar"

then malaikat suh kabarkan tentang IHSAN
" ihsan ialah engkau mnymbah Allah seolah2 Allah mlihatnya,sesungguhnya jika engkau xdapat lihatNya, DIA mlhat kamu"

kmudian malaikat kata lagi.."khabarkan aku tntg qiamat"

baginda jawab
" org yg ditanya tidak tahu mlainkan org yg bertanya"

malaikat pun kata
"maka trangkanlah kpdku tanda2 nya"

baginda mnjawab
"antara tanda2 nya ialah wanita mlahirkan tuannya (mak ayah jadi hamba anak2) n org miskin berlumba2 jd kaya..

kemudia org itu pun berlalu


lalu bagnda tanay umar r.a,
adakah kamu tahu siapa laki itu


umar jwb
"hanya Allah dan rasulNYA yg mngetahui"

rasulullah pun brsabda
"sesunggunya dia adlh malaikat jibril yg datg kpd kamu ntuk mngajrkn pdmu tntg agama kamu"



islam dan iman itu akarnya,dan ihsan itu buahnya...


owh ya..
ni sahabat dr australia bg kad elektronik..
syukran ye IHSAN..
mg kita mnjadi ihsan spt yg disebutkan dlm hadith ke-2 susunn imam nawawi ini..insyaAllah

rain please go away



rain , rain go away..
lallalala..

entah..x taw nak sambung lagu ni cm ne..
ni lagu kanak2
tapi time kecik2 {smpai skrg pun} sy xpaham nape org xnak ujan..


beberapa hari lepas saya berharap sangat hujan turun dan pd waktu tu sy nak brada bukan di kawasan bilik,,mungkin di kawasan lebih lapang di mana saya dapat menghirup udara natural hujan tu..


dan alhamdulillah...tercapai...

tenangnya..

alhamdulillah..

sebenarnya sy tak taw la kalu ada org yg addicted towards da raining day likes me..

dari kecik lagi...




mak kata
" Angah ni sejak kecik kat Perak lg suke men ujan sampai la dh besar skrg"

n memang smpai skrg pun..
kalu kat umah cepat2 buka pintu blakang n duduk tercangok tengok ujan..
biarlah kene tempias sket..

mak kata
" angah,tutup sket pintu tu..nanti dmam kne ujan"

ku jawab:
" sori mak..angah ni kan kebal"


dan ada dua kali xsilap...ajak kawan2 @ diajak kwn2 men ujan kat kampus..nsb bek pngarah kampus xnampak.hu3..seronok..

Fizan : Ima , jom men ujan...
Ima : nanti demam cam ne?
Fizan ; xpe..fizan kebal...^__^

tapi...esoknya..."ACHOOOOOO"..slighly feverish..tu la konon2 kebal dan immune segala lagi..

hehe..masih berlagak diri tu terlalu immune...

HUJAN..anugerah terindah dalam hidupku..
bolehke bercinta dengan hujan???

kalu hujan mmbawa ketenangan,ku ingin Allah hadirkan ia buatku agar aku lebih bersyukur..

kalu Allah dtgkan panas sekalipun, ku ttp bersyukur kerana ia mngajar ku untuk mnghargai hujan..


begitulah hidup,ada putaran..

ku ingin didik hatiku mnjadi lidah yg basah spt hujan
basah dgn zikrullah

hati damai sedamai udara ujan

insyaAllah..

moga kita sama2 syukuri apa yg ada pd kita sblm ia trlepas..
lumrah manusia jarang bersyukur tapi cuba jauhi diri kita drpd x bersyukur...

Action !!!

Action !!!!

masa untuk beraksi..
bukan hafal skrip je...

erm..tu kata2 untuk diriku..
yup..cukup sudah penyesalan ku..
masa untuk buat apa yg sepatutnya...

lama rasanya x berusrah..
ye..ada sahabat ckp usrah tu x smestinya jmpe wat bulatan (halaqah)..
memang pun..

kalu jumpe anak2 buah mmg akan brtegur, borak ntuk rapatkan hati..
moga Allah membantu kami..aminn..

tapi nak juga usrah formal..perlu juga ntuk berkongsi ilmu..

anak2 buah slalu cakap nak kerap adakan perjumpaan.nak bincng2 bab agama..hu3

asyik aku yg meng'usrahkan' org smpai diri sndiri tak ter'usrah'.
2 yg x btul jadinya dua tiga minggu ni


buatkan diriku berfikir

>> aku ni rasa mcm cacing kepanasan kalu xjmpe akak2 ntuk berusrah atau usrah batch,
mereka (anak2 buahku) turt merasai jua..

kalu nak tunggu sme ada..alamat nyer susah sket la kan...


ada sahabat kata...

setiap org leh terima tarbiah (didikan) berbeza:

1) ada yg dgar cramah,terus luluh hati..

2) ade yg kne dgn kwn2 bg sms

3) ada yg nak smpai kne marah2,bebel2 sket (aku la tu)

4) ada yg nak cara memujuk

5) ada yg nak santai habis...

macam2 ada...

ada gak sahabat cakap..

sibukkan diri..
ea ..tgah berusaha ..insyaAllah..diperkuatkan

ada juga sahabat ckp
" fizan,kite kene sama2 kuat menguat..sy pun lmah ni.."

insyaAllah wahai shabat..
tatkala aku brsemanagt...kan ku pimpin tanganmu
tapi tatkala ku lemah hulurkan tangan mu buat menarik diriku mndekati Allah

coz prjalaanan muqarabah ku bukan seperti jalanmu
banyak nya jalanku yg aku trasa sakit demi mngkifarah dosa
byk juga ku rasa lemah
byk juga ku jatuh
tapi ku perlukan mu untuk mlngkah kembali

kerna ku tahu
kamu adalh sahabat
yg Allah janjikan untukku
mnjadi wadah mndekatiNYA..


~~tadi dlm kelas ada adik syafiq (huhu..lebih suke mmnggl mreka e2 adik..) brtanya..
dlm peperangan adakah rasulullah s.a.w meneliti dlu selok belok geografi sbg salah satu strategi ntuk menang???~~~

aku tahu jwpnnyer..tapi fakta x ingat..my fault..k..buka balik kitab sirah karya hamba Allah, al-Buti, Fiqh sirah 2 kalu x silap~~syukran atas ingatn spy ku lbh bykkan usaha mndalami ilmuNya..insyaAllah..

Wednesday, October 7, 2009

wasiat kakak

Erm...tiba2 teringat pengalaman first pergi pondok kat sungai udang,melaka..

nama nya Baitul Qurra' (BQ)
Baitul=rumah
qurra'=org yg blajar quran

sebenarnya xpernah terpikir akan jejak kan kaki ke situ..
ea la,,mana la aku tahu tempat2 memondok kat pahang apatah lagi ke melaka..

dijadikan cerita, seorg sahabat kat kisas(x sama kelas)ajak aku pergi BQ..

aku cakap " saya bukan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)"


dia jwb " ni bukan ntuk budak BADAR je"

aku tanya balik " erm slain ana, saper lagi??"

dia jwb " budak2 BADAR n enti..yg len2 mcm ada mashaqqah (masalah) nak gi"

erm..insyaAllah..aku rasa ada sesuatu Allah nak tunjukkan...


tapi nak cakpnyer bahawa manusia ni hanya merancang, Allah yg tentukan..alhamdulillah mak ayah bg pergi...

akhirnya aku dan dia je yg gi..mana budak2 BADAR len..ku semat dlm hati " mashaqqah agaknya"

..Allah pilih aku..tentu ada sesuatu yg Allah dah rancangkan untukku"

memang byk ilmu..tyme tu aq sempat blaja risalah fiqh (imam syafie) dlm tajuk thaharah..tapi penerangannya masyaAllah pnjg lebar..alhamdulillah...Allah limpahkan secebis dr lautan ilmuNya buatku..untuk diamalkan


oh ya..sal wasiat kakak..

ada sorg kakak dr UTP yg lebih lama mnuntut ilmu di BQ, dia berbicara denganku

Kakak : adik dari mana?
fizan : sy dr pahang..akak??

< potpet2 ntuk bertaaruf/berkenal2 dulu>

kakak : adik dari kisas kan??

fizan : erm...haah..nape kak...tapi sy bukan BADAR (berulang kali sy sebutkannya)

kakak : xper..adik nanti dh sampai ke kampus nanti, jgn shock culture..sbg plajar yg memahami Islam..adik kne mengamalkannya..jgn jadi soleh je tapi musleh (mngajak org len jadi soleh)..janji ye dengan kak...

fizan : erm..insyaAllah

::::::::::::::::::::.............:::::::::::::...............:::::::::::::::

kalu difikirkan balik, siapalh aku ntuk menerima smue ni dr Allah
taklifan sbg khalifah 'kecil'
paling tidak pada diriku.


1)kadang2 aku tengok org men game
tp pd masa yg sama aku kene berusrah
mngkin diorg dah berusrah td

2)kdg2 aku tgok diorg lepak2 ngan kwan2
aku plak trpaksa rushing siapkan assgmnt
mngkin diorg dah siap assgmnt

3)kdg2 aku tgok diorg sdap je makan2
aku plak tahan lapar,kne g meeting dulu
erm mngkin diorg baru hbs meeting then baru lah makan....

4)kdg2 aku jelez adik2 kat umah tgok NARUTO tyme cuti
aku plak kene korbankan sket masa2 ku ntuk jd fasi n whatsoeva
biarlah..bila lg diorg nak tgok naruto kalu bukan tyme cuti sekolah




tapi semua rasa ni hanya tinggal kenangan..
knapa knangan
coz aku dah xrasa semua tu baik org "yg mcm bz" dan "org x bz"


kalu dalam istilah fiqh haraki (kefahamn perjuangan),
tahap aku ni yg "have no feeling" mngkin tahap ghaflah (lalai)
dan jika makin teruk akan jd tahap futur (putus dr jalan)..
nauzubillah



Ya Allah ,
ku malu rasanya
pabila sering memungkiri janji kpdMu
kuatkan aku yaAllah



~~ perjalanan menuju ilahi itu satu kembara bukan destinasi~~

Tuesday, October 6, 2009

BaWakU teRbanG




"andainya awan mampu berkata2
akan ku pintal sejuta rasa
menjadi satu kata
agar kamu wahai awan
membawaku terbang pergi
jauh dari dunia ini"



dalam pening2 nak hadapi oral speaking [individual task] ni, masih sempat ke ruangan diari hati ku kira...

erm..kata2 kat bhg atas skali tu aku main taip je..maaf la kalu xsedap..

actually aku terpikirkan balik apa yg ustaz suhaimi ckp kat kelas aqidah pasal Tsiqah....

TSIQAH..
eja nyer dlm arab ialah
> tsa (yg ada 3 titik tu0
>qaf
> ta marbutah

masa kat kisas dlu...

ada sorg mslimn ni bg tazkirah yg lbh kurg gini la..
" entum n entunna kene jd tsiqah...kalu x tsiqah x mlmbgkan student yg blaja agama"

so, aku yg agak tak pandai arab ni dgn confident nyer tanya
"tsiqah??apa maksudnya"

dia jawab...
"maksudnya lbh kurang cam alim n warak la.."

dia sambnung lagi coz nmpak sgt aku x paham konsep tsiqah tu..hu2
"kalu ckp sal tsiqah ni antara ciri2 nya ialah pandai agama, g surau, mnjaga keayuan mslimah,jln tunduk ...."


huhuu..mengurut2 kpala yg x migrain dan ku berbisik dalam hati..
mati la kome coz smue ciri2 tu xda padaku
1) pandai agama
>>>jauh panggang dr api....

2) g surau
>> ni akn ku explain jap lg..

3)ayu mcm mslimah
>>tyme kat kisas, ske pakai beg yg sangkut dua tali kat blakang tu..mcm skolah2 rendah..n akibatnyer ken kondem since diorg kata x ayu...hu2..tapi skrg aku tibai je pakai..lg selesa..sng bw laptop




4) jalan tunduk
>>dah di tarbiah kat kisas, alhamdulillah..tapi jgn sampai trlanggar dinding n pokok sgala[pnah trjadi pd ku,huhu]
...dgn niat nak tundukkan pandangan..Allah ada mnyuruh mslimin n mslimat tndukkan pndgn..
x ingat dalil..my fault ;(

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

SURAU..
>menjadi kebiasaan sejak di tingkatan satu lagi g surau..ea la..wajib kan..
and mula2 trpaksa,lama2 kebiasaan...

tapi kat sini (IPGM)..aku rndu sgt nak g surau..rnduuuuu..mcm dlu2.
bukan nak kata akulah ahli surau since i am da islamic study studnt tapi mngkin dah sbati..

ala analoginya kalu kamu sme ske makan tempoyak,budu,belacan n segala...
mana leh tinggal....

begitulah aku n surau..
however,sejak akhir2 ni mcm xnk gi..
alasannya xnk jmpe org yg hari2 wat diri ni sakit hati..
n tiap2 hari aku maafkan sblm tidur..
tp sok brlaku lagi..

ku konklusikan
"kalu brjumpa tp masam muka n buat hati skait,bek x yah jmpe"

ntahla...maybe ada org kata ntah2 apa2 la aku ni..

xpe..aku trima..aku taw korg bagus n siaplah aku...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

owh ya..actually nak kongsi satu lagi cerita...

ada seorg ni ckp pd ku..

"apa lah enti ni,knpa enti buat cm tu, ana dh tak tsiqah pd enti lagi"

aku jawab..
"xperlah..i am nobody..lain lah kamu..student U yag gah di Malaysia"


noktah.....

tapi ku balas dlm hati..

" aku xperlukan tsiqah siapa2..coz aku bukannyer hdup nak kan pujian n tsiqah org dan aku x mati dgn kutukan pedas org..aku hdup dan mati hanay kerana Allah..pergilah bawa 'ketsiqahan' kamu kpd ku tu jauh2..aku xperlukannya"

??????SIAPA KITA NAK LABELKAN ANTARA GENG TSIQAH N GENG BUDAK2 PAI YG ROCK SKET..
sdarlah weyh..in a blink eye..smue tu bleh brtukar kdudukan ntara tsiqah n rock..
apa yg kalian banggakan???

p/s:
lepas cari2 dlm kamus, maksud tsiqah yg sbnar ialah PERCAYA...

Sunday, October 4, 2009

math n math

aduyai..this weekend i juz want to allocate my time to accomplish my smart statistical assgmnts under basic math subject..

yup..
its basic math subject
but it was not easy as i thought since i have to construct da histogram n what so eva by using mic.excel 2007

huhu..
so, i was surf da net to find how to construct it..

n alhamdulillah after 3 days i put my effort, it was paid..huhu...

>>>>>>>>

ingatkan boleh lari dari math tapi .....
bukannye myampah ngan math cume i am not capable with it ok..
entah macm mana my beloved sis,Along..can take math pure course in UKM for her degree..

naik pening aku tgok sgala simbol yg kdg2 mcm mee maggi( yg kdg2 aku sndiri pn xpaham)..hu2..

begitulah math dlm idupku...

mcm masalah la kan..
nak lari dr masalh tapi akhirnya kita akan trjerat kalu trus lri dr masalah..hu3...

n tetibe aku compare hidupku dgn kwn2 len di universiti...
hebatnyer sistem tarbiah mereka...
kalu kat sni,alhamdulillah tp kdg2 aku mrasakan xtvt tarbiah ikut musim....
entahla..
kdg2 diri x merasakan lagi kesibukan mcm kat KMJ dlu..
dgn lab reportsss,tutorialss,lecture, JPP, Sahabat msjid,blok n so on..
memang la xleh banding kan coz IPGM n Matrik adlh dua tmpat berbeza..

tapi aku pk, kalu la aku slamanya pkir cm ni mcm mana nk brkembangnya tarbiah kan..
hu3...

n tak kan la nak harapkan kakak2 UKM or sape2 je la trun..
yup mrka boleh bg kata2 or anythng yg seolah pencetus jiwa tapi yg meulakan rantai tarbiah tu adlh kita...

oleh itu,wahai sahabat2 yg mmg amat bz ngan tanggungjwab sbg pelajar n pgg apa2 jwtan such as MPP, atau JK MAsjid kampus di UNIVERSITI n IPTA/IPTS,
bersyukurlah entem/entunna sme coz bz mngndalikan keje2 islam..


[aku yg lemah...memandang ke langit memuji khbtn Allah,mmndang ke bwh ke Bumi menginsafi kekhilafan diri]


itu lbh baik brbandng kita rasa kekosongn tak aktif mnjalnkan xtvt seumpama itu..
pada mulanya akan brasa bebas, tapi akhirnya sengsara..believe it..

coz......

aku yg merasa kesengsaraan e2 smue....
(ceh...bajet aku je yg sengsara..bersyukur la sket cik syafi oiii)



[rindu sgt time2 ni.mungkinkah sejarah e2 berulang wahai shbt~~lafaz tersimpan...]

Saturday, October 3, 2009

Misi Ya Allah bantu aku dlm pjuangan ni..



Pagi ni nyaman sungguh..
betul..x tipu..
pagi2 ku yang melewati di bumi IPGM kampus Afzan ini mmg indah..mana taknyer ..agak pdalaman..

dan kadang2 aku trlepas pndg keindhn pagi..sibuk dgn urusan duniawi x sudah..

pagi ni...agak lain perasaannnyer..
mungkin puas cozz smlm tidur awal kerana smggu ni dihambat assgmnt dan mmg btul2 mletihkan..

dan pagi ni juga aku akan mengajar anak2 di klas ngaji aljauhari..
aduyai..taklifan sbg JK PnP ntuk klas ni mmg la mncbr..hehe..
dan aku msh smpat mencoret spatah dua...maga tak terlambat ke sana...


erm..cuma nak kongsi apa yg aku alami..
spnjang mnggu nii rasa mcm agak lost..lost dlm perjuangan..entahla sbb apa,yg pasti aku akan trus mggali sbbnya..

smlm aku brmimpi..
aku jalankan MISI MUSTAHAK..
ug pnuh rntangan..
jatuh berkali...
hiba bertali...
sesal x bertepi..

tapi yg wat aku trus di ats jln ni sbbnye adlh ALLAH..
coz aku taw DIA snts memerhatikan hambanya..
adala dlm satu scene dlm mmpi tu mmg ada org jahat nk tangkap aku n da geng smasa jalankan misi..

pada ketika tu aqku brdoa
"Ya Allah,jika org jahat tu mngkap aku dan ia akan mmbuatkan aku lbh taat kpdmu,maka aku redha...aku amat harapkan pertolonganMu Ya Allah"


punyer la pasrah..but in the end..pnjahat tuh mcm x nak tangkap kitorg seolah2 dah dikaburi matanya..

PERTOLONGAN DARI ALLAH

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
so, tetaplah istiqamah ea. Allah always be there...Have faith in HIM..

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

p/s: selalu je dlm kebanyakan situasi Allah berbicara kpdku..
kalu aku trasa skit ati Allah grakkan hati ntuk baca quran..
tup2 aku baca ayat yg Allah suh ak jd pemaaf..

hu2..aku mmg lmah sampaikan Allah kne tunjukkan tu smue buat ak..
aku brsyukur..

dan aku takut akan kehilanganMu ya RABB..

Thursday, October 1, 2009

Bicara Hati Rapsodi Qalbi

kali ni sebenarnya nak coretkan sesuatu..
bicara hati >>hatiku srg brbicara
rapsodi qalbi >> lagu hati sering ter'shuffle'.ku doa moga lagu nya lagu rabbaniah..

dalam sibuk2 assgmnt..
ni buktinya...




ku catatkan pengembaraan hatiku buat tatapan di sini agar kita saling memahami dlm ukhwah ini.

kerana ukhwah kita bukan transparent,dan mungkin jua complex namun bukanlah complicated...



.
.
.
.

acapkali aku keliru dlm bicara persahabatan

kerana sering terkiluru maknawiyah ukhwah

ku janjikan tiada syarat ntuk ku terima prsahabatan kita

dan ketika itu jualah kau mnuntut aku meletakkan sejuta syarat

ku tanya

pelikkah ukhwah tanpa syarat

adakah aku dan kau x mengerti

atau menjaga hati dari mengerti

hakikatnya ketahuilah

ukhwah kita bukan sekadar untuk dimengerti

namun untuk dihayati