Sunday, April 12, 2009

Silent Please!!!

Silent please!!!

kata-kata keramat ni menjerit dalam hatiku.

Tak mampu diluahkan kerana akan sakit telinga orang lantaran frekuensi suaraku yang tinggi.hehehe


Sebenarnya tahun ni aku nak banyak diam coz kalu aku banyak cakap sangat orang akan tak suka..hehehe


Aku refleksi diri...

Kenapa aku banyak cakap...

1) Dah ditaklifkan bermacam2 jawatan yg memrlukan aku melontarkan suaraku

2) Orang suruh bg nasihat..so kne la ckp gak...


erm kalu aku bercakap dgn pokok2 dan kucing2, akan menyampahkah mereka terhadapku????

Tapi diam tak bererti aku setuju..hehe...


Boleh gitu???

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.


"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )


"Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )


* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI )


Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP (ayat ni agak syadid kan??? aku copy n paste dr komputer ku..plagiarism kah???)


* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..


* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

+++the end+++


p/s: sebnarnya ada test hafazan..banyak ag nak dihafaz..n ada amali fiqh ibadat on da same day..adush..kerje taklifan pula banyak ag tak setel..xpe2...truskan pjuangan....

2 comments:

  1. "org diam tak semestinya bodoh"
    xbaik diam kalau tahu..he2
    ibarat pohon rendang tak berbunga
    ~ceh..keboringan di kala subuh hari cuti~

    ReplyDelete
  2. haha..
    sejak apa yg berlaku membuatku lbh pendiam
    dan..

    bercakap apabila perlu bukan brcakap apa yg nak dicakap..hehe

    anyway..insyaAllah amar makruf nahi mungkar ttp ku laksanakan..

    ReplyDelete