Friday, March 27, 2009


Layakkah aku dicintai manusia jika…
Terlalu banyak kekurangan diri ini Perlu diperbaiki untuk memperunggulkan maruah diri

Biarkan ku sendiri… Mencari cinta yang hakiki Cuba mengejar cinta Illahi Menjunjung tinggi ajaran Islami Memperkasakan jiwa dengan jati diri
Aku tak mahu menoleh ke belakang lagi
Aku perlukan masa untuk ‘Mencari’
Mencungkil lagi segala potensi
Demi meraih kejayaan tertinggi

Kerana cinta-Nya aku di sini Kerana kasih-Nya aku teguh berdiri Kerana rahmat-Nya aku sanggup hadapi Segala dugaan yang menyeksa diri Menguji iman di hati Membuat diri keikhlasan dan lebih meyakini Akan kekuasaan Illahi

Kerana cinta-Mu Ya Rabbi Dapat menyelamatkanku dari nafsu cinta lelaki


Aku mahu memiliki cinta-Mu yang abadi Setiap hembusan nafasku hanya untuk-Mu Aku mahu kuat dan tegar di bawah suluhan hidayah-Mu Aku mahu bermanja di bawah naungan kasih sayang-Mu Aku mahu hidup bahagia di bawah keredhaan-Mu

No comments:

Post a Comment