Wednesday, June 22, 2011

Harap ayah saya x baca :P


Pada hari ayah yg lepas, believe it or not, buat pertama kali aku tidak mengucapkan hepi ayah day. kelu sangat lidah. kaku tangan angah ntuk taip msg.


hanya kerana..


pada suatu hari aku melihat kesungguhan ayah mencari rezeki yang halal buat kami. Aku xpernah rasa sebegini. melihat ketelusan seorang ayah menjalankan tanggungjawab .


Beberapa hari selepas itu, melilau2 di iluv islam dan ternampak satu sajak ni tapi aku edit sket2. credit to

http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/2759-kerana-sayangkan-abah.html

Kerana sayangkan ayah,
Seiring azan bergema..
Lekas angah sujud pada-Nya..
Bermohon untuk ayah, bermohon untuk emak.

Kerana sayangkan ayah,
Angah labuhkan tudung angah..(biarpun org ckp cm obor2 jep)
Supaya tiada pandangan lelaki ajnabi akan melirik..
Mencuri pandang perhiasan yang Allah berikan pada angah.

Kerana sayangkan ayah,
Angah tinggalkan jeans ketat..
Angah campakkan tshirt sendat..
Lalu angah pilih pakaian yang mengikut syariat.

Kerana sayangkan ayah,
Angah jadikan malu sebagai perisai..
Angah selimutkan diri dengan iman..
Angah pelihara maruah agar maruah ayah terpelihara.

Kerana sayangkan ayah,
Angah ingin menjadi seorang muslimah..
Angah mengimpikan peribadi yang solehah..



Angah berusaha mencari keredhaan Allah.

Kerana sayangkan ayah,
Angah lakukan semua ini..
Angah mahu ayah jadi suami dan ayah yang amanah..
Angah tidak mahu kerana ayah dipersoalkan di akhirat sana hanya kerana angah.

__ ayah telah menjadi asbab untuk ku menulis semula..alhamdulillah__