Monday, November 16, 2009

satu perkongsian..doakan ye ^_^


kembara ilmu selaut cahaya n_n


alhamdulillah baru je sampai kampus..
agak penat berkembara ke Multimedia Universiti, Cyberjaya menghadiri seminar perbandingan agama..


bukan setakat perbandingan
banyak yang nak dikongsi.. insyaAllah akan dikongsi kan di blog ni.. esok insyaAllah (malam ni sgt penat, baru smpai dari KL (*_*) nak kongsi ilmu yg sedikit ni..insyaAllah.. kesimpulan kembara kali ini~ my faith become stronger..insyaAllah..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
p/s: first tyme pgang Bible tyme tu.. n dah bli pun...

Tuesday, November 10, 2009

Memang Begitu kan??

Memang begitu kan?? Hari tak selalunya indah, kadang mendung dan hujan..

Tapi....

Hari ni hari yang cerah, secerah hatiku berlagu riang dek muraqabatullah yang sentiasa mekar di hati dan muqarabahku yang sentiasa diuji.


Ia juga adalah....


Hari yang baik ku kira untuk seorang anak gadis meningkat dewasa untuk menelefon bonda nya yang sentiasa sibuk dengan urusan. Si gadis yang terus tabah memahami status bondanya sebagai seorang guru kerna dia yang makin belajar erti dewasa ini juga akan menjadi seorang guru.

......setelah beberapa minit berbual............

" Mak, angah ingat nak gi memondok kat Baitul Qurra' kat Sg. Udang sepanjang bulan 12 ni. Maybe ngan sahabt2 angah.. boleh tak mak???"

Lancar sekali pertanyaan dia, mungkin kerana sebelum ni sudah berkali2 dia meminta ntuk kesana dan bondanya tidak pernah melarang.

Namun, lama si bonda berdiam diri. Memikir jawapan barangkali...

" erm, mak rasa kan Angah tak yah la gi memondok..."

Pelik si anak gadis itu

" Mak ingat nak buka kelas ngaji untuk anak-anak kat kampung ni. Angah tolong ajar ngaji ye..2, 3 orang je wat permulaan"

Si anak mengutarakan kebimbangan

" Mak, angah tak pandai pun. Sket2 je...Tapi xpe lah mak coz prioriti kan pada kampung sendiri, even mmg angah nak sgt gi melaka tu..ada hikmahnya kan??"

Huhu

"btul2..insyaAllah.."

""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Memang betul kan kita selalu memilih antara dua??


Prioriti vs Urgent

Kehendak Vs Keperluan

Betapa ku merancang , tapi rancangan Allah jua lah yang terbaik..

Ku amat yakin, No Doubt, Without Any Hesitation

Pernah ku tanyakan emak begini

" emak, angah nak minta posting ke oversea (sabah/sarawak)??

" Emak tak kisah, mana2 lah yang terbek untuk angah.."

Agak2 nya kalau ku tanya kan ini pula, apakah jawapan bonda ku nanti??

" emak, kalu angah nak berkahwin ngan org jauh2 cthnya sarawak, ataupun kedah ataupun johor, boleh x??

huhu..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Memang begitu kan coz kita selalu tersepit..


Seringkali rasa tersepit antara dua keadaan??

Jika x pernah, sila kan menyepit juga..hahaha (okey, terlebih sudah~~)

Jangan sedih sahabat2, Allah tahu yang terbaik buat kita..

Kan kita selalu je sebut ayat ni


surah albaqarah: ayat 216

" Diwajibkan ke atas kamu berperang,padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"



Selalu kan dengar, tapi terkadang kita kurang mentadabburkan ayat Allah

Ya, bgus menghafal ayat2 Nya, tapi lg bgus kalau mengamalkannya

Bab-bab praktikal ni yang payah kan??

Payah, tapi tak mustahil..

__________________________________________________________________

{mengharap senang dalam berjuang, bagai menunggu rembulan di tengah siang}

Tadi, melilau-lilau di you tube selepas seorang sahabat ni bg satu 'link' di youtube..

Video dr TV PAS berkenaan Tik Guru Nik Aziz Nik MAt menjelaskan tentang kenyataan beliau berkenaan syurga neraka dan kaitannnya dengan UMNO..

Apa yang ku boleh simpulkan


1) Beliau katakan yang akan masuk neraka ialah penyokong UMNO, bukanlah ahli UMNO. So, jgn sensitif. Boleh jadi ada je yg bukan ahli UMNO tp sokong UMNO. Beliau katakan begitu kerana UMNO tak mngamalkan apa yg Quran Sunnah ajarkan.

Ku tanyakan ini, bukan ke smue ahli umno tu ISlam..Islam pd nama?? Allah lbih tahu

2) Mengapa neraka??
Byak sudah ayat quran mengatakan tentang ciri2 org mukmin yg akan msuk syurga..

kan banyak ayat quran yang berbunyi

" Ya ayyuhal mukminun"
yg bermaskud wahai2 org2 mukmin

dan xsemestinya org muslim itu mukmin...

yang bermaksud melayu nya
" tak semua org islam itu org beriman"

beza ke Islam n Iman??

For sure beza, kalu tiada beza
maka rukun islam dan rukun iman juga tiada bezanya
walhal rukun iman dan rukun islam kan adlah perkara yg berbeza..

Iman secara holistiknya
" mengaku dgn hati, berikrar dgn lidah dan dibuktikan dgn amalan zahir..

So, dah terbuktikah amlan org UMNO??

kita bukanlah hakim yg selayaknya tapi kesan iman akan ternampak kan melalui amalan zahir..

Dan terlupakah kita pada satu surah yang Allah turunkan kpd org munafiq..
lupakah kita pd golongan munafiq ni??

Mereka tak mengaku kafir,
Dan mereka mngaku ucapan syahadah..
Tapi apa mereka buat sehingga Allah murka..
Baca, dan hayati surah itu
(ni tugasan ntuk diriku dan kamu juga..insyaAllah)

Memang selalu begitu kan,
orang yang pertahankan agama akan dikecam
dari nabi adam a.s lagi sehingga sekarang.
Apa nak diherankan kan???

Tapi paling terkejut bila ku lihat komen2 di YOUTUBE tu ..

ada yang mngtakan:
Tuk guru anak penzina dan macam2 lagi..

ku tidak heran akan segala tohmahan itu dan ku pasti beliau juga sudah lali kerana ia sunnah org berjuang mnegakkan kalimah tauhid

Mana mungkin orang alim ulamak yang merantau sebegitu jauh akan menyrokkan ilmu walau secebis

kerna ilmu itu akan dpertanggungjawabkan.. x leh kedekut sorang2, xleh masuk syurga sorang..

baca la n hayati peringatan dari Allah ini

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat mela'nati

[surah albaqarah ayat 159]

tapi apa yg ku heran
terburu2 kah mereka mengutuk ulamak tanpa mndengar dan memahami dgn hati mereka..
Ya Allah, kau buka kan pintu hati mereka..amin..

~~memang begitu kan??~~

Sunday, November 8, 2009

Never Say Goodbye T_T

Bismillahirrahma Nirrahim ~~

salam imtihan sahabat, salam juang..

masih lagi sempat berblog ^_^ even musim exam ni.. (ada sape2 nk tolong bg nasihat??) hehe Biasanya kalu otak dah agak jam mengulangkaji, maka ada2 sahaja perkara yg ingin dibuat untuk merehatkan minda sekejap..tak kisahlah as long as still dlm syariatNYA.. dalam mengelamun ni teringat tazkirah yg seorang junior sampaikan (actually coursemate, dia yg muda atau aku yg dah tua wahai juniorku??hehe)

Dia merujuk kalam cinta Allah dari surah ar-rum ayat...bape ek?? (jap, semak tafsir..)

hold on..

surah ar-rum ayat 54 muka surat 410

" Allah lah yang menciptakan kamu dalam keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian setelah Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia khendaki dan Dia Yang Maha Mengetahui, Maha Kuasa"

SIFIRNYA..

lemah>kuat>lemah kembali

(tanda ">" bukan bermaksud lebih kecil tau apa2 je lah dlm istilah math, ia hanya bermaksud rantaian kejadian)

contoh mudah
dari kecik , lahir2 xdapat berjalan, lambat je jalan , gigi pun xda= LEMAH





matured,
dah besar, dewasa,dh boleh kawen (aku je yg x matured lg), gigi dah kuat = kuat





dah tua, bertongkat, jln lambat je, gigi@pagar dh roboh = LEMAH kembali


walaupun begitu, Allah kurniakan kita segala macam kelebihan agar kita gunakan sebaiknya tapi janganlah sampai bongkak,...thats why Allah cakap kita ni dalam kelebihan ada kekurangan, dan dlm kekurangan Allah kurniakan kekuatan...

untuk apa??

supaya otak kita berfikir la sikit ( x fikir sikit, fikir la banyak) akan hakikat penciptaan kita adalh untuk beribadah kepada nya seperti yang termaktub dalam surah az-zariyat ayat 56

Ni tak..kadangkala dah tua pun masih nak bongkak..ermmm Dan sengaja ku coretkan di sini, kita ni yg masih mempunyai taklifan@tanggungjwab maka tunaikan sebaiknya, Tanggungjwab dari sekecil2 perkara cthnya membersihkan diri dari hadas sehinggalah.. ke sebesar2 perkara.. cthnya mntadbir negara... Never say gOOdbye to ur taklifan.. Kalu mcm diriki yg lemah ni rasa lemah ntuk menjalankan taklifan n rasanya nak gugurkan semua taklifan ni..Tapi hnya dimulut je la sdangkan di hati menafikan~~



terbanglah jauh2 sang mujahidah ku, jauh dari segala kekusutan tapi jangan kau lupa asal-usulmu..



Bukan sayang tanggungjwab tapi takut untuk dipersoalkan oleh Allah kelak tntang...

MENGAPA AKU BERUNDUR DARI TAKLIFAN??

dan qalbu ku ini telah ku infakkan di jalanMU, penat lelah ku ini telah ku serahkan demiMu dan segala duka ini menjadi kekuatan kepada ku untuk terus berjuang..

Never say goodbye

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

to : ima@conan
: sebi@mcna iccan..


"i have to say goodbye to my FB..sori~~kita kawan n sahabat kan???"

Friday, November 6, 2009

Please, dont take it 4 granted !!

Bismillahirrahmanirrahim..
sekarang masih dalam mood exam..sungguh~~
2 paper to go..insyaAllah next paper ISlamic study paper 1 n 2 (ceh syadid nyer nama paper nih) Islamic Study Paper 1 consist of Islamic Faith, Resam Uthmani, History of prophet BPUH ceh, nama syadid btul paper ni tapi kalu bahasa melayu nyer Pengajian Islam 1 yg mngandungi subjek akidah, resm uthmani n sirah..



[hidupku, percaturanku, aku yg tentukan rentakku, namun semunya adalah lillahitaala]

???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Sedang revise akidah. Tetiba ada seorang hamba Allah ni tanyakan begini via da ym..

"taw x apa2 pasal benjamin??'


mak ishh..ingat nak tanya sal soklan spot or somethng dat related with da exam,,,

dan aku mnjawab begini..(dalam hati je la)

....sape benjamin, pakcik benjamin??entah...

ayat baiknye yg ku jawab dlm ym

" asif (sory) , ana x tahu..ana ni kurang tsaqafah (ilmu pngetahuan) nyer...

lalu dia pun tunjuk satu video kat utube n one artikel from saifulislam.com

what can i say is
SPEECHLESS

from my observation

1) Benjamin ni budak melayu, sekolah kat perak, ilmu tinggi but then he convert to christian..punya la beria dia beri majlis taklim dan ceramah segala kpd golongan kristian..msti dah femes dia nih...

masalah akidah...

lambakan masalah akidah tapi orang masih bahaskan bab salafi dan sunni segala..padahal both of them akidahnya adalah ahli sunnah wal jamaah. Hanya ada khilaf dalam pendekatan muqarabatullah (ways to get close with Allah).. Since i am nobody and officially i dont have the authority to say bout salafi n sunni or all those sort of things coz i have only prior knowledge bout that... However, perkara2 khilaf ni cukuplah dibahasakn ntuk dapatkan pnjelasan sahaja , jangan gaduh2..seperti apa yg berlaku ntara MALAYSIA n INDONESIA..

konon2 serumpun tapi bergaduh,bukan sahaja serumpun tpi seakidah..agaknya tergelak besor Tony Blair dan sekutunya tgok negara Islam brgaduh..aduyaiii.. mujur dah tak dengar kan tntg malaysia-indonesia nih ?? kira ok la 2..(ke aku yg x bace paper)..
oh ya, topik ku


DO NOT TAKE IT FOR GRANTED ABOUT FAITH

yup our faith bout islam..
akidah islamiah

pernah sewaktu dlam liqa' (perjumpaan) n usrah di kisas dulu aku bertanyakan pada diri
(actually i want ask for a clarification from my naqibah, but then i am too afraid..hehe)
1)Dah tahu basic akidah spt tauhid uluhiah, rububiah n asma' wa sifat kan dah cukup.. Dah muak dengar benda2 ni.. Ulang benda yg sama tanpa pemurnian dlm penyampaian.

2) knapa kene blaja akidah..? ye la since i knew dat akidah tu kan pokok n basic islam.. ku tahu itu..tapi bila bab aplikasi dan justifikasi dalam hidup seharian ku gagal melihat kepentingan ku blaja semua itu..

Berbuih la kak tu terangkan, aku x juga paham since dah block my mind from receiving dat explanation..ermmm

ada hikmahnya Allah tutup sekejap hikmah (ilmu) tentang justifikasi akidah itu kerana Dia mahu ku alami nya sendiri..dan syukran pada ukhti n akhi yg berbuih2, berbusa2 mulut mereka terangkannya pdku..really appreciate n treasure it so much :) mak iashh..tarbiah direct dari Allah (buat aku yg lembab nih...) dan bila aku di sini, mengambil islamic study as my major course, baru lah ku paham. No doubt.. Khulasahnya ku simpulkan semua masalah yang ada kat dunia ni yg cukup memeningkan kpala tak kira la dia tu non-muslim apatah lagi MUSLIM, semuanya berpunca dr akidah tak mantap..

akidah ni xleh kita taklid (ikut semata2) berbanding dengan masalah fiqh yg kita ikut pndpt mana2 4 mazhab yg kita pgg tuh..

maslah akidah kene qai'ie.putus.jazam...putus yang dimaksudkan ialah putus dari segala ragu.

Ok, i juz give da reality situation ok..
The situation dat always happened to me n maybe not others..
1) Lambat solat
(kdg2 je awal,culas dalam tunaikan solat)



Kalau awal pun ada je yg xjaga kesempurnaannya ,

cthnya teringat baju x basuh ag, assgmnt tak print lg n so on..

nampak kecil ..tapi kalu betul tauhid uluhiah kita kuat, jazam , maka kita akan tinggalkan semua pkara dunia jika dah azan.tiada dalih..

lain la kalu nak qada' hajat.tu mmg xdapat tolong kan~~

dan bukan permasalahn solat lambat ni hanya melibatkan tauhid uluhiah tapi juga tauhid rububiah..

dalil tauhid rububiah..?? tak yah carik jauh2.. Rujuk Surah al-ikhlas.. Surah al-ikhlas?? guane tu?? yg mane ek?? ala, yg mule dengan "QUL HUALLAHU AHAD" tu..

:)

jika kita yakin hanya Allah Tuhan seluruh alam, maka kita tak kan sembah dunia..
Sembah dunia??
yelah, lalai dengan keseronokan wireless n broadband smpai lambat solat..tak ke namanya sembah wireless..wireless tu kan keseronokan dunia

dan bukan stakat tauhid uluhiah dan rububiah , malah tauhid asma' wa sifat turut terlibat tau.

tiada separuh2..

jika kita yakin sifat dan nama Allah YANG MAHA MELIHAT, pasti kita malu n trus gi solat..tinggalkan jap wireless tuh..hu3

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
apapun yg dilakukan, ingatlah Allah..

macam mane ek kalu ada la dalam satu saat tu kita lalai ingat Allah dan nauzubillah kita mati dlm keadaan tu..pikir2 kanlah..

kita bukan hamba kamilah (perfek) tapi carilah ksempurnaan dalam kesempitan coz kalu kita tak mencarinya kita akn terus beralasan untuk trus istiqamah dalam kesamaran...

InsyaAllah buat yg terbek.aminnn
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

>>tahun dpan makin bz, siapkan assgmnt sejurus dapat k..insyaAllah

Tuesday, November 3, 2009

Kalkulator amalku 2009

"Esok exam...dan kau masih melepak n hanging in da blog"


hatiku mengutuk tindakanku...

Sebelum semester 3 melabihkan tirai, sukalah nak buat muhasabah semester..

Takutnya..coz dah tahu banyak kene baiki..InsyaAllah

1) Peranan sebagai Hamba Allah
solat awal waktu dan ke surau
still kene improve lagi


2) Peranan sbg anak
aisy..berdikari la sket wahai fizan..no matter what coz u r da front liner of ur siblings..




3) As a trainee-teacher
a bulk of assignments..do not procrastinate since u got many morks n taklifan in da same time.



4) As a friend
u have to keep in silence for a while (sometimes)..hehe..

n sama2 ajak diri n kawan2 ke arah kebaikan



5) As a mujahidah
>>aiseh..tetapkan diri di jalan sunnah rasulullah S.A.W..
Redha Allah, itulah matlamatnya..
Sila berfikir secara kritis dan kritikal


6) As a naqibah
--ada sahabat menegur

" Fizan, tu bukan adik usrah kamu ke??"

Ku menoleh melihat sekeliling. Ya,ada seorg lelaki n seorg perempuan di sebuah meja makan @ kantin azmi

" haah la..ermmmmm..."



>>>kurangnya itqan aku dlm usrah..kurang pantau adik2..kurang penerapan akidah dlm kehidpan..semuanya salah aku..gagal sebagai seorang naqibah..

bukanlah kudratku untuk melahirkan adik2 usrah sebgai pahlawan agama Allah, tapi palng penting aku dan mereka sama2 mengamalkan Islam sbg satu cara hidup..

Bukan jua ku yg memberi hidayah..
Tapi Allah pasti menghitung banyak mana usahaku..

dan alhamdulillah mereka bukanlah sampai tahap kaum nabi Nuh A.s yang tak mahu langsung mendengar ajakan ku

Cerita kaum nabi Nuh A.S terakam dalam alquran (surah nuh ayat 7)

" Dan sesunggunya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri"


maafkan akak ea adik atas khilaf..

ya,satu transformasi ruhul jadid perlu diaktifkan..InsyaAllah..

brainstorming untuk modul usrah bakal dilaksanakan..insyaAllah

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

p/s 1: asif sangat kepada sahabat2 n adik coz xdapat g gathering kita tu..ada pkara yg lebih aulawiyat(prioriti) walau gathering tu juga penting..

p/s 2: dan kepada sakinah, huhu enti masak sup kentang bertelur sorg2 tanpa ana ea..our memory still vivid in my heart..dun wori..sup kentang bertelur selamanya (^__^)

Monday, November 2, 2009

sayang exam, rindu exam, cinta exam

wah..sudah lama rasanya tak menulis sesuatu..bukannya takda masa, tetapi sibuk menyibukkan diri dengan xtvt . kalu tak sibuk ngan xtvt pun, ku akn cuba jd penyibuk..haha..tp yang pasti bukan penyibuk hal rumah tangga orang (ok, dah merapu..xda kaitan~~)

dan masih sempat membuka blog segala dan facebook kadangkala..Dulu i am addicted with fb's quizzes, but now rasa nak tutup je akaun fb tu..pening~~






sekarang musim exam. Dua hari lagi paper english dan esoknya pula paper arabic.. then next week plak ilamic study 1 n 2.Erk, ada orang kata (i guess) , ambil paper english n arabic je ke??

ok what's da meaning??

ea la, diri ini sedar bahawa aku bukanlah candidate 4 math, engine, stat,science, pharmacy,chem,law's paper.. Tak mencabar ke paper yg aku ambil??

bagiku xpenting, s long s i grab da knowledge rite???

dan pagi tadi berazam untuk study english (tenses, minutes of meeting n all da poetic devices) tapi terasa nak baca buku-buku yang dah lama bli tp tak terbaca..mengarut btul, baca lepas exam pun xpe..InsyaAllah..

Nak dijadikan cerita, konon2 betapa expert dan futuristik tak bertempat (ye ke??)
apabila ku dah pikirkan nak wat pe pas abis exam??

owh,,ni bukannya sayang,rindu dan cinta exam..tapi...

sayang, rindu dan cinta CUTI SEKOLAH...

stadi pun xmule lg tapi dh berangan nak pikir xtvt lpas exam

habis exam 12 september

14-15 september 2009 >> ima n syep ajak g seminar prbandingan agama @ MMU, cyberjaya.
20 september 2009>> mula cuti sekolah (turut sama bercuti)
21-25 september 2009>>ada program (spt nya seminar dakwah)

28 september 2009>> dah raya haji..
Pondok Baitul Qurra ???

cuti sekolah sampai bila ea?? coz diri ini merancanag nak pergi menuntut ilmu di Baitul Qurra @ sg udang melaka..(dah la bakal ustazah, ilmu pun kurang..aduyaiii)

merancang nak duduk sebulan disitu..

dan Along pun akan kata :

" ntah bila la ko ni angah nak amik lesen kereta??...
asik mengukur jalan-jalan di malaysia segala. kemana la plak ko nak g kali ni??"


dun wori..dah sediakan skema jawapan:

" hehe..rindu org la tu ;p..hehe..ala hang support org amik lesen , baru la org duk umah..huhu"

"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

There are some beneficial tips during da study week n examination week..
  • Eat well. Avoid high-carbohydrate or high-sugar foods because, although they can help you stay awake in the short term, what your body really needs to function well is protein.


  • Exercise. The best thing would be to leave your studies for 45 minutes to an hour and do some aerobic exercise. Even a quick ten-minute break to take a walk around the campus will make you more focused and productive in your studying.

  • Avoid all-nighters. It is not in your best interests to study all night because your body needs sleep in order to focus and concentrate. Go into an exam well rested and you will function at your best.

  • Take quick breaks while studying. For example, taking ten minutes to talk to a friend who may go to another college, will refocus your mind. But don’t let that 10 minute conversation turn into an hour – that’s procrastination.
  • Break your studying up into short blocks. If you are studying something like math or physics you can only concentrate well and effectively for about an hour. Take a break and do something completely different for five or ten minutes. On the other hand, if you are reading or studying for general comprehension, you can maintain studying for two or three hours. You will retain information more effectively if you study in three one-hour blocks spread out over two or three days rather than one three-hour block in one day.
  • Minimize your time on e-mail, Facebook, IM, and all the other electronic communications you use. Being plugged-in 24-7 can be a huge distraction. Set up a dedicated period of time to check electronic media, say once every two hours.

  • Study with someone else from your class. You can share notes, quiz each other and use collaborative studying to learn the material. Obviously, if you’re doing an individual project like writing a paper this won’t work, but there’s a lot of learning that can happen more effectively in a small group or with another person from your class.
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Akan penuhkah surau@masjid bila dah nak exam ni?? masing-masing boleh fikirkannya.. Itu lbh baik dari x berdoa dan bertawakal langsung lpas studi..Tapi lpas exam pun jangan la honey moon segala.. Berdoa dan teruskanlah perkara yang baik..insyaAllah

jangan tyme desperate je baru nak berdoa segala..


????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
benci dan x suke bila mak busy ngan keje. Tapi ima kate, semua tu bukannyer mak fizan yang nak kan??
entahla.. i knew it..tapi sedih juga kan bila cuti tiada mak di sisi..
oh please la angah (along kate). mak kan pengetua..Bnyk keje nak buat..hu3..

adakah benda yg sama kan berlaku pd keluarga ku nnti??