Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, October 29, 2009

Caramu Caraku

Masa menghambat kita. Dan kadangkala alasan itu yang terpaksa kita gunakan apabila berdepan dengan tanggungjawab yang masih lagi bersisa. Usrah itu dan ini, assignments, studi, taklifan itu dan ini, mengurus diri sendiri dan sebagainya. Bagi yang masih belum mendirikan baitul muslim (keluarga muslim), kita juga merasakan 24 jam itu bagai terbahagi dua. Tidak cukup...Apatah lagi pabila sudah berumah tangga kelak.

Jika seorang guru, banyak betul pesrsediaan kene buat walaupun mngajar sekoah rendah.. Sampai ke petang, apatah lagi engineer, doktor, even para usahawan tani..


[BUSY LIKE A BEE, HUSTLE BUSTLE OF THE LIFE]


Mana taknya, balik dari tempat kerja pukul lima, penat, berehat. Tup..tup dah nak maghrib. Solat maghrib n isyak.. Itupun kalu ke masjid.

Begitulah seharian. tapi semuanya untuk apa. Tidak terasa kosongkah hidup. ? Tidak pernah terfikirkah bahwa mana mungkin Allah bagi kita semua nikmat ujian ntuk suka-suka. Tiada tujuan.. Fikirlah wahai hatiku. Jika sudah tahu bahawa tujuan kita diciptakan adalah beribadat kepadanya sebagaimana kalam cint Nye menyebut dalm surah az-zariyat ayat 56.

.


Beribadat dah..Yakni solat lima waktu n segala. Dan bagi yang luas ilmu pengetahuan sikit, ibadah tu ada umum dan khusus.



Pernah tak terfikir , kalau lah hidup ni hanya solat dan dengan ibadah umum, khusus yg biasa kita dengar, mengapa kaum muhajirin berpindah dari mekah segala, mengapa saidina umar membuka kota Jerussalem, mengapa sultan muhammad alfateh menjadi pembuka kota konstantinopel, mengapa salahuddin al ayyubi merealisasikan matlamat untuk membebaskan baitul maqdis dan mengapa kamu still lagi berada di muka bumi ini??
fikir2 dan renungkan..Kerana aku jualah manusia yang dhaif dan mampu menyeru amar makruf nahi mungkar dengan semampu..
Ada pantun ni yang penah ku dengar..hehe

Biar Kude dari Badok,
Biar ade dr tak dok...

(hahaha...sape yg agak expert dlm loghat pantai timur pasti cepat sahaja memahaminya)



Dalam surah al anfal , ayat 72, 74, 75

:: Allah menyebut ada beberapa kumpulan beriman ::

1)mereka beriman dan berhijrah bersama nabi
2)memberi perlindungan kepada orang berhijrah
3)mereka yang tidak dapat berhijrah
4)mereka berhijrah dan berjihad terkemudian
5)mereka yg beriman dn mempunyai hubungan kerabat.

Jelas menunjukkan setiap org berbeza dari segi kemampuannya


Jika kamu menyeru amar makruf nahi mungkar melalui banyak2 usrah, terusakan dan orang lain jangan la kritik dan menghalang.. Jangan haLang kerja dakwah dan menghalang orang memahami Islam kerna kita punya cara tersendiri begitu juga dengan yang lain, jika dia mampu melalui penceritaan kisah hidup dalam blog yang dapat diambil pengajaran atau mungkin melalui politik...silakan~~ kerana kau dan aku ialah dengan caramu dan caraku



Dan kita bisa saja bekerjasama kerana tujuannya hanya satu menegakkan kalimah agung
"LAILAHA ILLA ALLAH"



Sunday, April 26, 2009

Jawapannya..

Huh...mmg lama x me'blog'..bukan sebab internet xelok..tp mmg malas..

entah smangat apa yg merasukku spy malas...

erm jawapan kepada persoalan 'The Next Caliph"

haha..why must through politic???

Orang kata:

1) Politik ni kotor la..Penuh tipu daya...
>>>>jawapanku :
kita yg mngkotorkan politik..opss bukan kita tp "diorg yg x brtanggungjwab"
Imbau balik sejarah nabi Muhammad S.A.W n para Khulafa' Al-Rasyideen,
bukankah mereka memerintah dunia menggunakan politik..
so..jgn kotorkan pemikiran kita deh....

2) Nape kene politik2 ni..Why cant just focuss on study...???
>>>>siape suruh korang gi jd ahli politik..jz amik taw kira ok apa..nanti bila dh msuk umur 21 thun x la terkial-kial nk memilih...
Lg satu..x kn nak berada dlm dunia belajar kita sndiri je..amik la tahu sket2..
dah la terbukti mahasiswa malaysia ni malas mmbaca ..so apa lagi added value yg kita ada...???


3) Nape mesti melalui politik ntuk dapatkan khalifah???
>>>mstilah dgn kuasa..bukan kerana kita gila kuasa tp e2 keperluan..
Baginda mendirikan negara Islam pertama, Madinah dgn menggunakan apa??
Mestilah kuasa yg telah diberikan oleh rakyat..
so barulah baginda wat perundangan berdasrkan al-quran yang Allah S.W.T turunkan

4) PAS @ Umno???
>>>haha...kalu aku korg x yah tanya la..jwpan aku mstila bulan mengambang..
Aku x nk bersyarah sebab apa aku pilih Bulan coz aku akn trangkan len kali..
Tapi main point kat sini ialah korang kene la amik tahu pasal both parties kalu nak tahu mana btul pada pndangan korang..
Tp bukan ikut pndgn kita je coz ilmu kita ni byk mana la kan..
so tinjau2 la pndpt para ulamak..
n pnting gak tanya respon org len..
Then analisa la sndiri....
Aku x kata Umno 2 xboleh bawa kita kpd khalifah tp pikir2 la sndr..hehe

Tuan Guru pun cakap kalu la Umno 2 tukar prlembagaan dia kpd Al-quran n sunnah, beliau akan bubarkan PAS n semua ahli PAS akan masuk Umn0..

Termasuk AKU...


Kalu x dapat trima point aku ni..x mngapa coz aku hanya berusaha ntuk mnyampaikan..
Ada kekuranganku dlm penyampaian..jangan dilihat pd kekurgn tp lihatlah apa yg ingn disampaikan..

Semua ni ujian..x nk ke kita sahut cabaran ujian ni..sdangkan cabaran ujian Math yg mmngkan kpala pn kita sahut....

aku akhiri dengan sepotong kalam cinta n peringatan drpd Allah mngenai ujian...
(memilih yg terbaik ntuk mndirikan khalifah adlh satu ujian kan????)

" Apakah manusia menyangka bahwa mereka dibiarkan sahaja mengatakan 'kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?" [surah al-ankabut : 2]

Monday, April 20, 2009

The Next Caliph..

Caliph = Khalifah..

Mungkinkah??

InsyaAllah Allah kan mnjanjikan Islam akan menang..

Nak tanya ni..
agaknya kalu nak membina da next caliph..apakah asasnya..

hehe..jawapannya tok sah la cari jauh2 dalam kitab2 terdahulu coz......

Jawapannya ialah ANDA!!!!!

eala..kalu nak membina Khalifah, msti dimulakan dgn pembinaan diri..

sy ringkaskan spt berikut ok (boleh gitu???)

1. Fardul Muslim ( Individu Muslim)>>>>>kita la tu ^_^

2. Baitul muslim (Keluarga jadikan Islam is da way of life) >>>>amin..
InsyaAllah kita semua akan berkeluarga [n_n]


3. Mujtamak Muslim (Masyarakt Muslim)

4. Daulah Islamiah (negara Islam)

5. Khilafah Islamiah (yup..da next caliph..)


so..persoalanku..mcm mane malaysia nak jd daulah islamiah n seterusnya pmngkin da next caliph...??


percaya atau tak hujahku yang pertama adalah melalui politik..

hehe nantikan hujahku..

Tuesday, April 7, 2009

Bukit Selambau pulak.....


BUKIT SELAMBAU, 7 April (Hrkh) - Semua pusat mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun N.25 Bukit Selambau mula dibuka jam 8.00 pagi tadi.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar membuang undi.

11.35 pagi: Keadaan lalulintas di sekitar pekan Sungai Petani, terutamanya Sungai Lalang dan Bukit Selambau mengalami kesesakan yang teruk.

11.22 pagi: Mafrel melaporkan FRU dikejarkan di SM Aman Jaya berikutan suasana tegang antara penyokong KeADILan dan BN.

Penyokong KeADILan tidak puas hati apabila BN cuba mengubah sebuah khemahnya agar diletakkan berdekatan dengan pusat pengundian. KeADILan hanya ada sebuah khemah di kawasan tersebut.

11.00 pagi: Harakahdaily dimaklumkan kira-kira 40 orang dipercayai pengundi hantu ditangkap dalam sebuah bas yang datang dari arah Perlis menuju ke Kuala Sin semalam.

Mereka ditahan oleh petugas Pakatan Rakyat kira-kira jam 3 pagi.Kesemua mereka telah dibawa ke Balai Polis Gurun.

10.25 pagi: Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga pukul 10 pagi,sebanyak 20 peratus telah keluar mengundi. Beliau berharap bilangan yang keluar mengundi akan mencacah 50 peratus menjelang pukul 1 tengah hari.

9.30 pagi: Harakahdaily dihubungi Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman yang bertugas di pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pakan Bukit Selambau melaporkan berlakunya kekliruan apbila SPR membenarkan dua laluan digunakan untuk memasuki pusat mengundi.

Pertamanya laluan utama menuju ke sekolah tersebut dan laluan kedua merupakan sebuah lorong kecil yang terpaksa melalui khemas petugas BN. Menurut beliau setiap kali pengundi yang mahu masuk ke pusat mengundi, mereka ditarik untuk melalui laluan tersebut.

Bantahan telah dikemukakan kepada SPR, namun SPR tetap membiarkannya. Bagaimanapun, petugas Pakatan Rakyat telah menghubungi wakil calon untuk membuat bantahan rasmi kepada SPR.

8.10 pagi: Calon Pakatan Rakyat, S. Manikumar memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Taman Ria Jaya pada jam 8.10 pagi.

Beliau membuang undi di saluran 6 kira-kira jam 8.25 pagi.

Beliau yang ditemui wartawan sebelum masuk ke pusat mengundi menyatakan keyakinan akan memenangi PRK ini dengan majoriti yang lebih tinggi berbanding pilihan raya umum tahun lalu.

"Saya rasa begitu bersemangat pagi ini walaupun sedikit keletihan kerana berkempen ke sana-kemari. Apapun saya yakin dengan sokongan semua, kemenangan berpihak kepada kita,"katanya.

PRK ini diadakan berikutan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, V. Arumugam.

Bukit Gantang...


BUKIT GANTANG, 7 April (Hrkh) - Proses pengundian bermula jam 8 pagi tadi. Keadaan cuaca di Bukit Gantang adalah baik.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar mengundi.

11.15 pagi: Di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering, berlaku kekecohan waktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri antara peyokong BN dan PAS. Polis mengambil tindakan menyuraikan keadaan. Keadaan kembali terkawal.

10.30 pagi: Kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah dihalang oleh penyokong BN.

Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh.

Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana.

10.15 pagi: Di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning (Dun Changkat Jering) berlaku kekecohan apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka.

Berlaku ketegangan apabila ada kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS. Polis dan FRU menyuraikan keadaan.

Di kawasan tersebut kelihatan ramai penyokong PAS yang menenggelamkan penyokong BN. 10.00 pagi: Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof

9.00 pagi: Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang. Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

7.35 pagi: Calon Pas, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas PAS, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian.