Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Thursday, April 8, 2010

Malaysia Vs M.U





assalamualaikum..wah fizan..bersarang sudah blognya..

bukan setakat bersarang, bahkan berhabuk dan usang.hahah..

kalu sebelum 12 malam ni tidak ku update blog, maka genap sebulan x update blog..

bak kate orang, sibuk....urusan dunia yang x sudah..namun biarlah urusan dunia yg bawa ke akhirat ..insyaAllah.. sungguh, sem ni sungguh kelam kabut. sem 1 for my degree..fail bertimbun.. kalu dikumpul semua fail sepanjang 11 sem ni mesti boleh buka galeri kat umah..ilmu oh ilmu..

oh ya...sebenarnya seperti yang dijanjikan..tajuk alfateh ku..walau dah lama tp semangat alfateh tetap dalam diri..insyaAllah wal hamdulillah..

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria).

Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)



Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481).

-buku pertama menegnai alfateh yg saya baca T_T-


Negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 . Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.


Hebat sangat ke tawan Constantinople...macam penjajahan biasa je..


Perlu diingatkan dalam islam tiada istilah penjajahan dalam peperangan.

yang ada hanya lah pembukaan


Penjajahan : takluk kawasan dan ambil pemerintahan, tukar segalanya..buat mcm tempat sndiri


pembukaan : Islam menjadi naungan. pemerintahan still dijalankan oleh ahli tmpat tersebut, banyak toleransi.



yup..mmg hebat pembukaan constantinople..masakan tidak kerana beratus tahun lamanya baru dapat dibuka.betapa kerajaan Umaiyah yang hebat sehinggalah moyang dan datuk sultan muhammad alfateh (kerajaan turki uthmaniah) gagal membuka kota itu..


analoginya: Malaysia lawan M.U la...


btapa kota itu menjadi kebanggaan sehingga 800 tahun gagal dibuka

dan sebanyak 29 cubaan menawan dalam tempoh itu dan 11 daripadanya ialah cubaan dr khilafah islam..


Kebalkah Constantinople

>>bila mendengarnya, subhanaAllah mmg sukar dibayangkan. patutlah banyak cubaab membukanya gagal. Bukan kerana tentera Islam tak hebat namun kota itu lebih teguh..sangat....


1>> dari segi geografi

- di kelilingi 7 buah bukit..banyaknya..

- 3 per 4 sempadan kota adalah air..mmg susah nak masuk

- armada laut yg besar


2>> parit yg sangat besar

- 10 meter DALAM

- 60 m LEBAR

3>> Benteng Theodius

- x silap saya , benteng kota tu ada beberapa lapisan konkrit yg sangat tebal. kalu tembak dengan meriam mmg la tembus tapi tentera dia terus tampal dalam masa semalam je..mantop..kesungguhan


4>> Rantai sebesar pemeluk.

--mmg besar..sampai sultan alfateh hampir give up..mana taknya, banyak kapal laut musnah akibat cubaan melanggar rantai tu


tapi nak cakap, dek tarbiah atau sistem pendidikan yang baik dan mantop sejak kecil oleh syeikh samsuddin, maka sultan alfateh mmg banyok ilmunya..ilmu sains, falak, math ..ilmu agama lagi la byak..


sultan alfateh x tinggal solat tahajjud sejak baligh lagi..kita???


salah satu kisah yang menarik minat saya..


setelah berbulan2 berkampung di luar kota constantinople maka sultan muhammad give up. namun nak citer sebelum tentera2 menag, baginda sendiri memikir tarikh dan waktu yg paling sesuai nak serang balik dengan serang balas yg insyaAllah menang..


tahu tak..sultan alfateh buat kiraan dgn ilmu falak dan math yg beliau ada untuk mengira tarikh jatuhnya gerhana bulan..


kenapa gerhana bulan???

sebab penduduk constantinople (termasuk tentera) akan lemah kalu nampak gerhana bulan since mereka percaya gerhana bulan datangkan bala. so tepat pada tarikh terjadinya gerhana separa bulan 22 mei 1453 , tentera islam menyerang dan seminggu selepas itu kota tersebut berjaya dibuka..


tengok..punya la merancang sehingga tarikh gerhana bulan pun diambil kira..


kita pulak, tarikh due date assignment pun kadang2 x alert..


banyak lagi cerita menarik antaranya melayarkan 70 buah kapal perang laut bersama armadanya di atas gunung dan bukit..Macam mana ea..nantikan


Thursday, July 23, 2009

Matan 2




Adush.sudah lama rasanya tak memblog since my broadband rosak n wireless ada probs barangkali...n since i am not feeling well but Thanks God coz still alive in dis ordeal world.....

erm rasa bersalah yang kian memuncak n menggunung..huhu..bersalah coz tak postkan pasal apa yg aku dah blajar tyme kat baitul qurra'.heheh

rupa2 nya ni baru matan yg ke-2..aisehhh..anyway bersyukur la coz still diberi kesempatan kan???maksudnya:

Sesungguhnya dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dengan sepenuhnya. Yang demikian itu hanya akan tercapai dengan membuat penyerahan diri sepenuhnya dan memberikan ketaatan yang menyeluruh dan mencurah kecintaan yang sehabisnya bagi Tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Tinggi, Manakala asas membina ubudiah tersebut ialah di atas 3 perkara : pertamanya ialah iman yang benar lagi tulus dan keduanya ialah pegangan yang teguh dengan pertimbangan ilmu dan tuntutan al-quran dan ketiganya beramal dengan pedoman yang terang lagi betul.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

IBRAH@PENGAJARAN ;

Kalau la org tanya kita

" wat pe ang sibuk2 dakwah ni..apa niat ang sebenarnye??"


So, kita refleksi la diri balik..actually satu je niat yg perlu disematkan iaitu untuk mngajak manusia ni mengESAkan Allah dan mengabdikan diri hanya kepadanya..

Teringat satu tazkirah kat kelas oleh tutorku,
Kalu kita ni terlalu mngejar duit, n materialistik..maksudnya kita ni hamba Duit a.k.a MENGABDIKAN DIRI PADA DUIT,bukan pada Allah..
X salah mencari rezki, tapi berpada2 lah dengan dunia....
Abdul Rahman bin Auf, Abu bAkar as-siddiq...semuanya hartawan..lg banyak harta dr mak pak kiter..lagi kaya dr PM kita barangkali..ea la mana taknya ..unta dah bape ribu ekor..cube tanya PM kita, dia ada unta bape ekor??hehe3..

However they all ni cri harta sbb ntuk abdikan diri pd Allah, kalu nabi Muhammad kata sapa nak dermakan harta ntuk Islam ,mereka la berlumba2 dlu..
Bukannyer tak sayang tp mrk lebih syok abdikan diri dgn cara mereka itu..dan it is impressive lagi amalan solat they all lg mnggunung,setinggi gunung everst barangkali..hanya Allah yg tahu...

Kemudian, disebutkan lagi dalam matan tu..terdapat 3 asas mmbina ketaatan atau pengabdian kpd Allah td ialah :

i) iman yg benar lg tulus
-iman yg bnar nieh bukan stakat hafal rukun iman tuh, tapi hakikat keimanan yg diterapkan..
Lets jump into an example/situation:
Katakan kita ni berada dalam really great grief/misery, merana habis la...tapi tiba2 detik dalam hati kita ni bahawa x patut Allah bagi dugaan pada kita...macam2 la lagi kita tak puas hati trhadap Allah..asik nak salahkan Allah...
So,pikir2 la balik, x ke sme ordeals tu ntuk mningkat darjah korang di sisi Allah..korang jugak beria nak dipandang baik oleh Allah, nak jd muslim n muslimah solehah segala..tapi bila bagi ujian sekelumit kuman, dah mula menyalahkan kan Allah...What da heck are going on?? hehe..pikir2 la ea....

analogi nya:
kita pergi walk-in interview nak dapatkan job+ msti la ngan salary skali..
but then the manager bg korang 2 task yg habis kpala+botak kpala korang...padahal e2 adalah test 2 make sure yg decision manager tu amik korang beekerja tu adalah kptusan yg btul..tapi sebaliknya brlaku, korang lak gi marah2 manager tu..apa kes????hehe3...

Surah al-ankabut : ayat 2 ada mnjelaskan: adakah mereka menyangka mereka beriman ,sdgkan mrk blom diuji....

ii) Pegangan yang teguh dengan pertimbangan ilmu dan tuntutan al-quran

Situasi berlaku di kbykn tempat : contohnya soal kapel sblom kawen.. haram atau sunat atau makruh atau wajib atau harus??? ada org cakap HARAM !!!!! tp x pernah bg dalil n hujah n macam2 lagi la.... tapi jgn la takot ntuk berkongsi ilmu walau sket coz baginda pnah bersabda "sampaikanlah dariku walau satu ayat" nnti kalu Allah tanya apa yg kita buat terhadap ilmu kita yg kita dakwa sikit tu, apa kita nak jawab??..xkan nak jawab cm ni kot: " La....ilmuku sket je..nanti salah, sapa nak tanggung..wat org sesat je.." nanti x pasal2 kita akan didakwa balik : Knapa x cari ilmu dah tau ilmu x byk? Nape takot nak sampaikan sdgkan nak wat perkara len x takot pun???
iii) Beramal dengan pedoman yang terang dan btol

Maksudnya: dah ada ilmu so praktikkan la..susahkan..

aku pun, tapi kita cuba la yg terbek k..give it ur all..

ustaz alimin ,lecturer arabic language ku pnah cakap:
" nak beramal neh, even perkra simple, still kne ada sumber nyer..contohnya knapa kita solat ada 13 rukun solat..that bcoz kita solat ikut cara nabi"...

erm solat cara nabi??
cam ne ek??
nak tau...???
grab da knowledge, cari ilmu..hehe...aku pun sdg mndalami ilmu fardu ain ni..


??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

assigments + taklifan mendorongku untuk trus mngahrungi medan perjuangan ni...restu ibu dan ayah ku harap selalu..dan redha-Nya ku damba selamanya..

Thursday, June 25, 2009

Matan 1

Huhu..lama dah rasanya x update..almaklumlah line broadband tak brape nak lancar.hehe..erm tetibe aku tringat satu tanggungjwab..perkongsian ilmu yang dapat kat pondok Baitul Qurra a.k.a BQ.....maaf lambat..


(kembara mujahidah menuju jalan syuhada')



erm sebenarnya kali ini nak kongsi ilmu yang dipetik dari Kitab Mauizatul Hasanah karangan alfadhil ustaz Zulkifli Bin Ismail, guru agama BQ..masyaAllah ilmu beliau..bukan sahaja alim (berilmu) tapi tawadhuk sangat..sampai menangs diriku dan kawanku tyme tu ( touching sgt).. Mana tak nye, pd saat kmi akn pulang ke umah msg2 lpas habis kitab, bliau kate

" Entum smue lebih mulia dari ana kerana ntum smua sudi blajar disini"

Aku berazam mahu jd cikgu yg mnjadi agen perubahan + tawadhu'..insyaAllah amin..

(Allah tuhan kmai,Rasul ikutan kami,alquran pedoman kami,jihad jln kami, syahid cita2 kami tertinggi ;D)


Nama Kitab : al-mauizhotul hasanah lil murabitin fi amri ad-dakwah
( pedoman berfaedah bagi penyeru2 ke jalan dakwah)
Pengarang : Al-fadhil ustaz hj zulkifli bin hj ismail

erm..ku namakan matan 1 pd entry ni coz kitab di dibahagi kpd sepuluh topik..n ada rangkap bahasa arab..ea la ni kitab arabic yg diterjemahkan..so matan satu bmaksud rangkap@perenggan@topik 1



Maksudnya :

Segala puji tertentu bagi Allah tuhan seru sekalian alam,selawat dan salam atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan atas kaum keluarga baginda dan sahabat2 baginda sekaliannya. Adapan selepas itu, maka ini adalah satu nasihat yang elok untuk para petugas dalam urusan berdakwah kepada agama Allah. Saya telah menyusunnya untuk menjadi peringatan dan pertolongan kpada mereka pada menjaga kesejahteraan perjalanan dakwah mereka dengan izin Allah jua. Firman Allah taala yang bermaksud

" Siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan dia beramal soleh, dan dia berkata dengan penuh bangga bahawa dia adalah dari kalangan orang2 Islam"

erm..nampak macam intro buku je..mmg la..kita slalunya kalu bli buku kat book fair dgn brlambaknye dgn pnuh adrenaline keinginan mmbaca, tapi slalu je skip intro kan...

Actually intro la pntg coz ia mnrangkan apa isi kitab...

Kalu nak analoginya..sama la kalu kita nak men bola kat padang,xkisah la bola sepak or bola baling or bola tampar..msti la ada intro nak men..cthnye warming up dlu..he2

ISI MATAN 1

Berdasarkan firman Allah dlm matan 1 ni
-3 effect yang bek kepada org yang kita dakwah atau seru ialah pertamanya org itu akan berkata baik dan menyeru kejln Allah disamping org tu ngan bangganya kata " Yup...kami org ISLAM"

- ada dua jenis dakwah ke jalan Allah oleh para penyeru
>> first..penyeru trus istiqamah ajak org wat bek di samping turut baiki diri...kira dia cakap kat org n dlm masa sama dia islah@baiki sgala kekurgn
>> second,,ada gak pendakwah yang dakwah je tp baiki diri x juge...(nauzubillah)


- yang dimaksudkan 'amalan soleh ialah jujur dalam dakwah,then amalkan apa yg di dakwahkan..ustaz ckp jika kita dakwah ngan hati ikhlas,ramai je org ikut....X caye..try la..tgok je Nabi Muhammad S.A.W...pnuh ikhlas n tawadhu' sampaikan Islam sehinggkan org yang kafir dlunya spt saidina Umar pn mnjadi mukmin hebat sehingga dijanjikan syurga...SubhanaAllah...

- ada 3 golongan org dlm arena dakwah ni
>> first dipanggil ALMURABITUN yg bermaksud pendokong dakwah..contohnya kat Malysia Tuk Guru Nik Aziz Nik Mat , Tuk Guru Hadi Awang n yg len2 coz mereka mendokong dakwah...kalu kat prkat kampus2 org yng grakkan keje2 dakwah adalah golongan almurabitun..

.>> Second dipanggil ALMUAYYIDIN bermaksud penyokong..contohnya kalu dlm Biro Agama ni ada yg bukan ajk tp still g kerjesama dlm stp xtvt ....

>> Third ialah MUSTA'LILIN bermaksud AHLI LELAP..cnthnya dia ajk biro agama tp x wat keje..hanya dapat nama hasil dari keje anak buahnye..

>>> Last but not least MUA"IDIN bermaksud MUSUH...musuh dakwah yg terangn spt mnghalang keje dakwah..tp ada gak yg musuh dlm slimut gak...




So..kita dalam golongan mana....apapn yg dilakukan biarlah niatnye ntuk mndapat redha mardhatillah..

Setakat ni ntuk matan 1..ada berbaki 9 matan...

Lupa plak...erm sape ea para pendakwah..adakah student pngajian Isalm or saper2 ex skolah agama mahupun sape2 yg dok kat negeri klantan..hu3..jwapanku smua yang beragama Islam..
x kira lah dia PM mahupun student medic,engineering,politeknik, IPGM , org yg amik course linguistik or whateva as long as dia mngucap syahadah..kita smue yg mslim la kan..ni brdasarkan hadith yng bermaksud Siapa yang berkata LAilahaIllaAllah dia adalah pendakwah..

wahai sahabat2..jgn kate x cukup ilmu ..maka perglah tuntut ilmu, jgn kate kita x perfect coz manala ada org perfect n jgn kate aku x layak coz xkan la kita nak suh org non muslim kot..kita layak coz kita muslim n moga2 Allah bantu kita..aminn..

p/s: sbnarnya ada dua kitab dah khatam..satu lagi KITAB SIFAT 20..nampak sng tp byk lagi tg x tahu..insyaAllah mmg nak kongsi ilmu tu tp perlu lakukan murojaa'h@ulangkaji dlu..eala..nnti xpasal2 tersalah fakta n penerangan,sesat pula akidah nnnti...


Monday, June 22, 2009

Teka-teki 5

Teka-teki KELIMA

TG: Ayuh carikan sesuatu yang jika tidak ada habis rosaklah kepala Raja Ahmad, jika ada beertilah sdikit kepalanya.

**Raja Ahmad abang kepada baginda**

>>huhu..apa lagi peningla kpala baginda memikirkannya.(aku pn png gak pd mulanya)
Dahla bnda ni kene mule ngan huruf SIN
n then berkaitan ngan Raja Ahmad pula tu..
Hampir sahaja berputus asa<<<

---baginda merayu Nun Ha Mim agar mmberikan clue/hint/petunjuk kpd baginda---
then Tuk Guru nya pn brkata
" Selangkas betik berbuah masakan tak terduga anakanda apakah ia yang penuh di kepala Raja Ahmad"

>>dgn petunjuk secekil protozoa barangkali, bgnda pn gi la tanya inang yg mngasuh abangnya itu<<

then.....

RH: Tuk guru, ni dia SELISIK yg gunanye mnyikat rmbut pnuh kutu kpala Rj Ahmad. Jika tiada SELISIK maka rosaklah kpala baginda raja mahkota..

**hehe, sikat kutu rupanya..ea la zmn tu mana la ada spray2 nak buang kutu nieh***

Teka-teki 3 dan 4

Alhamdulillah, dah sampai ke IPGM kampusku tercinta..

bersemangat nak mulakan sem baru??
Of course la...
n bersemangat gak nak trima junior awal bulan julai ni...amin...

erm sambung balik teka-teki sal sultan alauddin ea..

Teka-teki KETIGA...


TG :Benda ketiga bermula ejanya dari huruf SIN itu hanyalah mengisi air yang mengalir dari hujung jari kita,tidak punya erti apa2 lagi..

>>>Raja Husain a.k.a Sultan Alauddin belari pulang ke istana,masuk ke dapur dan mencemaskan sekelian dayang dan tukang masak kerana raja muda menggelidah dapur mencari SANGKU.

RH: Inilah tuk guru, SANGKU, bekas basuh tangan, menadah air dari jari jemari tuk guru yang selesai menjamah hidangan

Teka-teki KEEMPAT

TG: Benda seterusnya ialah tidak cukup, ia menjadi satu,tidak laku di Pasar Melaka

>>> Tanpa berlengah lagi,baginda berlari laju bagaikan kuda semberani (ceh ayat hiperbola ku) ke Pasar Melaka dan kembali smula..

RH: Inilah kita bawakan SEKEPENG. Tidak cukup ia menjadi satu, tak laku ia digunakan membeli apapun di PAsar Melaka hatta kayu gaharu atau kapur barus sekalipun..

***huhu agaknya kalu bli coklat sebiji yg bharga lima sen leh x???*** ^_^

Sunday, May 17, 2009

Ku Seru!!!

ha3..ku seru mood nak stadi arabic pagi nieh..

erk..pagi ke??dh tengahari la..he3

erm saje mlawat kwn2 kat aras atas pagi2 ni..ilangkan kebosanan barangkali..
petang ni ada usrah..agak rndu ngan ahli usrah..nak bw kek yg dibeli tempoh hari..yummy

erm jap ag aku nak stadi arab...ea2..xperlu ulang coz td kan dah sebut.

erm sebuah cerita aku nak kongsi kat sini..
semalam aku baca novel by Faisal Tehrani
yang bertajuk NAMA BETA SULTAN ALAUDDIN.


mule2 bosan,,eala macm sejarah je genre buku ni...
but then best giler...eh best syadid..hu3

cerita pasal sultan alauddin @ raja hussain yg zmn remajanya bukan seindah ank raja len..
die ni anak sultan mansur syah n die ada abg namany raja ahmad..

raja ahmad ni bapak la dengki ke si alauddin ni..
pendekkan cerita si alauddin yg nek tahta..

part yg paling best bile die berteka-teki ngan guru agama dia yg berketurunan china..Tuk Guru Nuh Ha Mim nama diberi

nampak sgt kebijaknaan baginda tyme berteka-teki..walaupun ada la Tuk Guru bg petunjuk@ hint sket2..
wah..

eala bukan sme sultan mlayu yg cerdik cm die..
tp sedihnye die mati diracun oleh org2 yg dengkikan die trmasuk raja ahmad, istri bgnda n sape ntah lagi seorg tuh..

psst...nak taw x raja ahmad ialah ayah pada sultan pahang sekarang..huhu..
mati gue kene buang negeri cm ni coz mmburukkan nama almarhum..

tapikan faisal tehrani x dihukum pn atas cerita yg die tulis..

ea la..nikan cerita btul..hehehehe...

erm nak bawakan teka-teki antara TG Nuh Ha Mim dgn Raja Alauddin

TG: datangkan kpd kita 7 bnda yg bukan berharga sgt tapi semuanya brmula dgn huruf Sin. Yang pertama bermula ejanya drpd huruf sin itu ialah duduknya bawah punggung kita??

RA: Maka bergegaslah si Alauddin ke pasar mndapatkan Safra.

TG: Inilah kain alas yg duduknya bwh punggung kita..bukankah ia tidak berharga.


p/s: tekateki tg selebihnya nntikan dlm next entry k..n paling mnariknya semua 7 bnda yg bermula dgn huruf SIN tu ada analoginya yg sgt mnarik...hehe...
(nak stadi arab doh nieh)...

Tuesday, April 7, 2009

politikus....


Teringat masa membaca novel karya faisal tehrani bertajuk PEREMPUAN POLITIKUS MELAYU...

pergh...kutuk habis para pemimpin yang korupsi n jadi wakil rakyat juz bcouse of his/her own sake....

suke novel cm ni coz boleh mmbuka mata..
bukan sme yg berani mngkritik politikus..
manalah taw silap hari bulan kene bom cam altantuya..
alhamdulillah Faisal Tehrani still hidp smpai skrg...

owh ya..politikus bukan bermaksud
"tikus yg bnyk"
bukan jua 'POLIteknik yg banyak tikus"
apatah lagi "POLImer"
tp bermaksud ahli2 politik..

politik = poly (banyak) + taktik
(aku terdengar prkataan ni dlm satu ceramah)

huh...
So..moral of da story yg aku dapat ialah....apa ek...??
1) carilah kebenaran tolaklah kebatilan (boleh gitu)
wallahua'lam